Hanya 5 Bahan Ni Je, Puding Caramel Anda ‘Confirm’ Rasa Manis Manja & Lembut!

Kalau sebut hidangan puding caramel pasti anda fikir bahan masakannya menggunakan modal yang banyak dan pencuci mulut yang terlalu manis.

Tapi, kalau chuols ikut puding caramel cara kami, kos dapat dijimatkan serta rasa puding pun manis-manis manja gitchew!

Tak percaya? Jom ikut resipi yang kami kongsikan ni…

Bahan-bahan

  1. Gula
  2. Susu cair 1 tin
  3. Telur 5 biji
  4. Esen vanila
  5. Air masak

Cara penyediaan

  1. Panaskan 6 sudu gula dalam loyang bersama sikit air masak. Agak-agak je bila masukkan air tu.
  2. Kacau sehingga keperangan. Pastikan tak tinggalkan, kalau tak nanti rasa gula hangit.
  3. Setelah warna perang, ketepikan dan biarkan gula mengeras dalam loyang.
  4. Panaskan susu cair dan secawan gula. Cukup sekadar gula mencair.
  5. Kemudian, kisarkan cairan susu cair bersama gula tadi dengan telur dan esen vanila.
  6. Kisar sehingga kembang!
  7. Curahkan cairan tersebut ke atas gula perang yang sudah mengeras.
  8. Kukus lebih kurang 20 minit.
  9. Telakupkan ke atas pinggan.
  10. Hidangkan!

Tips:

Jika tidak ingin rasa hanyir dek kerana belum masak lagi, sebelum keluarkan dari pengukus, cucuk puding terlebih dahulu dengan garfu. Jika terdapat lebihan isi puding tidak melekat pada jari garfu, itu tandanya puding caramel anda sudah masak sepenuhnya!

Sebelum hidang, pastikan sejukkan dalam peti ais terlebih dahulu. Selamat mencuba!

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Mudah! Tumis Kacang Panjang Bersama Telur Masin

Ketahui Jenis Makanan Yang Mengandungi Vitamin C

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna