Hanya 3 Barang Untuk Hasilkan Kek Krim Keju Sedap

Kek Krim Keju, namanya sahaja sudah cukup untuk membuatkan sesiapa sahaja terliur dan tidak sabar mahu merasainya.”

Selain memang terbukti keenakan kek krim keju tersebut kek ini merupakan kek pilihan ramai dan viral ketika ini. Variasi kek krim keju juga mempunyai sifat unik iaitu cair di dalam mulut, di samping kombinasi yang sangat sempurna dari segi rasa. Untuk membuat kek ini, tidak sesukar mana pun.

Bahan-bahan:

*Sukatan ini boleh dapat dalam 1 loyang kecil saja. 

  • 120g Tatura Cream Cheese
  • 120g Susu Pekat Manis
  • 3 biji telur gred B

Caranya:

  • Mula-mula, pukul cream cheese dan susu pekat sampai berkrim dan tak berketul. Anda boleh gunakan mixer atau blender untuk sebatikan adunan
  • Seterusnya, asingkan telur putih dan telur kuning. Ambil telur putih dan pukul sampai teksturnya berkrim.
  • Telur kuningnya pula jangan dibuang. Masukkan ke dalam adunan cream cheese yang telah dipukul bersama susu pekat tadi.
  • Kemudian campurkan kesemua adunan tadi gaul sehingga sebati.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang yang dah dilapik dengan baking paper.
  • Panaskan oven dengan suhu 150 darjah selama 10 minit. Bakar secara water bath.
  • Letak air dalam loyang bawah, agak-agak dalam setengah loyang saja. Jangan sampai melimpah bila kita letak loyang kek tu. Ketika panaskan oven, air tu akan mendidih.

  • Bila sudah masak, biarkan 15 minit dalam oven dan barulah keluarkan. Pintu oven biar dibuka sedikit.
  • Akhir sekali, bolehlah letak topping ikut kegemaran anda.

Jika letakkan topping dengan parutan keju yang dibakar, terasa kerangupannya pada bahagian luar. Kombinasi yang lazat!

 

 

 

Sumber: MyResipi FB Nurul Ain Ridzwan

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna