Hanya 15 Minit Je! Jom Cuba Resepi Ringkas Daging Korban, Pasti Sedap

Alahai pantasnya masa berlalu, dah tiba hari raya haji. Haa mak-mak dekat luar sana mesti tengah kalut fikirkan apa menu masakan yang sedap dan ringkas untuk dihidangkan kepada tetamu betul tak?

Eh nanti dulu jangan terburu-buru untuk beli bahan mentah, cuba check peti ais di rumah anda, jika ada agihan daging korban yang belum dimasak anda boleh cuba resepi ringkas yang Donna  akan kongsikan seperti di bawah.

Daging Goreng Kicap

Bahan-bahan 

  • 300gm daging lembu
  • 1 labu bawang besar – dihiris kasar
  • 3 ulas bawang putih – diketuk
  • 3 hiris halia
  • 10biji cili padi – dihiris kasar
  • 1 biji cili/lada merah
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu kicap manis
  • sedikit garam, serbuk kunyit + lada sulah

Related image

Sumber: keepingrecipe

Cara Penyediaan

Daging dihiris nipis dan ditoskan kemudian gaul dengan garam bersama serbuk kunyit. Masukkan dalam kuali dan masak hingga kering airnya. Kemudian tambah air sekiranya daging belum empuk. setelah daging empuk dan air telah menjadi sedikit kering, masukkan 2-3 sudu minyak dan goreng daging seketika. kemudian masukkan bawang besar, bawang putih, halia, cili padi dan cili merah. kacau hingga bawang besar menjadi layu. Untuk penambah rasa masukkan sos tiram, kicap manis dan lada sulah kemudian kacau sehingga sebati.

Goreng-goreng dah siap! Resepi ni sesuai sangat jika bagi anda yang ingin menghidangkan lauk yang sedap tapi dalam masa yang sama tidak perlu berhempas pulas di dapur. Ringkas dan cepat, selamat mencuba!

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik di sini

Minum Segelas Ketagih, Jom Belajar Buat Air Jagung Kaw!

Sumber: rasa

 

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna