Hanya 10 Minit, Bekalkan Si Manja Dengan Nugget Udang Buatan Sendiri!

Setiap pagi, seorang ibu merangkap isteri pasti sibuk dengan persiapan si manja dan suami. Kadang tu sibuk sampai tak sempat nak siapkan hidangan sarapan pagi. Kesian mereka meninggalkan rumah dengan perut yang kosong.

Jangan begitu, nah resepi paling mudah untuk di masak pada awal pagi iaitu nugget udang buatan sendiri. Senang saja cara penyediaannya, jom ikut langkah di bawah.

Bahan-bahan;

  1. 10 ekor udang harimau
  2. 2 biji bawang putih
  3. 1 biji bawang shallot atau bawang merah
  4. Sos ikan
  5. Garam
  6. Gula
  7. Lada hitam
  8. 1 biji telur

Cara penyediaan;

  1. Udang Harimau dikopek kulit sepenuhnya dan dibersihkan.
  2. Keringkan udang hitam tadi dengan tisu dan sejukkan selama 15 minit.
  3. Sementara itu, kisar kesemua bahan nombor 2 hingga 7 hingga hancur.
  4. Masukkan udang harimau dan blend sehingga hancur.
  5. Bulat-bulatkan bahan yang telah di blend tadi mengikut citarasa dan saiz anda.
  6. Goreng sehingga warna keperangan.
  7. Hidangkan!

 

 

 

Sumber: Facebook

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna