Hantu Telur Masin? Jom Buat Telur Masin Guna Ayam Kampung

Sayang! I tak boleh makan nasi tanpa telur masin tau? Sekarang ni saya tak kira saya nak jugak cari telur masin kalau tak, tak nak makan nasi!”

Telur masin adalah telur itik yang diawet menggunakan air yang sudah dibancuh dengan tanah liat dan garam, serta diperam di dalam kotak kayu selepas disaluti dengan sekam padi yang telah dibakar. Tetapi, pernahkah anda mendengar telur ayam kampung yang diasinkan? Mesti tak pernah kan?

Sumber: myagri

Jadi, pada artikel kali ini adalah perkongsian proses pembuatan telur masin menggunakan telur ayam kampung! Namun, proses pembuatan telur masin ayam kampung ini agak lain sikit dari pembuatan telur itik yang diasinkan. Jom ikuti proses ini.

Bahan-bahan

  1. 8 biji telur ayam
  2. Cuka
  3. Garam kasar
  4. Bekas penutup

Proses

  1. Masukkan air cuka ke dalam bekas sehingga telur ayam kampung tenggelam dan biarkan selama 3 minit.
  2. Selepas 3 minit berlalu, lumur telur ayam kampung tadi dengan garam dan masukkan ke dalam bekas.
  3. Lakukan secara berulang sehingga habis kesemua telur ayam kampung yang telah direndam dengan cuka.
  4. Kemudian, tutup bekas yang sudah dipenuhi dengan telur ayam kampung disalut dengan garam tadi.
  5. Biarkan selama 16 hari.
  6. Akhir sekali, rebus kesemua telur yang telah diperam tadi selama 15 minit dan anda boleh menjamu selera bersama telur ayam kampung yang diasinkan.

Selamat mencuba!

 

Sumber: rasa

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna