Hanis Zalikha Kongsi Resipi Sup Ayam Berkhasiat Bila Yusuf Selsema

Siapa je tak mengenali si kecil ini, Yusuf Iskandar anak kepada pasangan pelakon Hairul Azreen dan Hanis Zalikha. Yusuf sendiri sudah memiliki sebanyak 2.5 juta followers di Instagram, ha famous ke tidak?

Sama seperti kanak-kanak lain, ada masa Yusuf juga demam dan tidak sihat. Apa yang menarik perhatian netizen adalah perkongsian Hanis Zalikha dalam menyediakan makanan ketika Yusuf mengalami selsema. Mungkin ramai yang tidak tahu apa yang boleh diberikan kepada anak-anak ketika mereka sakit dan tidak mempunyai selera makan.

Jom lihat perkongsian ini:

Hanis Zalikha berkongsi cara memasak sup ayam yang berkhasiat  menerusi instastory di akaun Instagram miliknya ketika dia dan anaknya mengalami selsema. Caranya adalah…

Bahan-bahan;

  1. Bawang putih 6 ulas
  2. Bawang merah sebiji
  3. Halia secukup rasa
  4. Cengkih
  5. Kayu Manis
  6. Biji pegaga
  7. Lada putih
  8. Air putih 1 cawan 1/2
  9. Beberapa ketul bahagian tulang ayam
  10. Garam
  11. Kentang
  12. Lobak putih
  13. Batang saderi

Cara memasak

  1. Tumbuk halus-halus bawang putih, bawang merah, halia sehalus-halusnya.
  2. Masukkan cengkih, kayu manis, biji pegaga dan bahan tumbuk tadi ke dalam minyak yang panas.
  3. Biarkan sehingga naik bau.
  4. Masukkan tulang-tulang ayam dan gaul sehingga harmoni.
  5. Masukkan air, lada putih, garam dan biarkan sehingga menggelegak.
  6. Masukkan kentang, lobak merah dan batang saderi.
  7. Biarkan sehingga kentang empuk.
  8. Nikmatinya!

Mudah sajakan nak menumis sup ayam untuk hidangan si manja bila mereka jatuh sakit. Selamat mencuba!

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna