“Hana Sentiasa Sayang Mama,” Anak Mangsa Dijerut Suami Luah Rindu

Malam tadi laman sosial sempat kecoh berita pemergian seorang pensyarah apabila ditemui meninggal dunia berhampiran sebuah tasik PKNS Pinggiran Cyberjaya. Setelah disiasat, terdapat kesan jerutan pada leher mangsa.

Apa yang lebih mengejutkan ialah rupa-rupanya semua itu adalah angkara daripada suaminya sendiri yang menjerutnya menggunakan tudung. Sempat juga suspek berdrama kononnya isterinya hilang dan dia pergi mencari isterinya bersama-sama anaknya yang berusia 14 tahun.

BACA: Sering Marah, Sedih Berterusan Ibu Bapa Kena Peka Anak Mungkin Ada Gangguan Mental

Sumber: Harian Metro

Punca pergelutan dikatakan apabila suspek menjadi terlalu marah kerana mangsa tetap ingin memfailkan cerai kepada mangsa. Mereka mempunyai seorang anak hasil perkahwinan mereka iaitu Hana. Pagi ini status Facebook Hana nampaknya begitu menyayat hati.

“Hana harap mama tahu, yang mama sentiasa disayangi orang di keliling mama. Hana sentiasa sayang mama. Terima kasih mama. Mama ditimpa ujian demi ujian lalu tiba masanya untuk mama pergi. Hana rindu mama sangat-sangat. Semoga kita ditemukan semula arwah mama sayangku. Al Fatihah,” itu luahan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun berkenaan.

BACA:  Lelaki India Berjaya Selamatkan Wanita Melayu Dari Bunuh Diri

Ramai yang turut bersimpati dengan keadaan anak mangsa dan turut memberikan kata-kata semangat kepadanya untuk meneruskan kehidupan. Bercakap tentang sikap dan personaliti mangsa. Ramai rakan terdekat yang menyifatkan mangsa sebagai seorang yang baik dan merendah diri.

“Dia sangat merendah diri walaupun berpendidikan tinggi dan berjaya sebagai pensyarah berwibawa di UIAM. Kehilangannya benar-benar dirasai kami.

“Malah, dia tidak lokek berkongsi idea dan banyak memberikan nasihat berguna,” katanya rakan terdekat yang tidak mahu didedahkan namanya.

Sama-sama kita doakan agar roh mangsa dicucuri rahmat dan semoga Allah menguatkan hati Hana untuk melalui dugaan yang besar ini.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Harian Metro

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna