Hampir Bebas COVID-19, Tapi Muncul 3 Kluster Baru Pula

Seperti kita lihat jumlah kes baru COVID-19 di Malaysia semakin hari semakin menurun. Ini menunjukkan tanda  negara kita bakal bebas dari wabak berjangkit ini seperti negara New Zealand.

Malangnya, semalam pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan angka kes baru agak banyak berbanding sebelum ini iaitu 15 kes di mana 4 kes import dan 11 kes tempatan dengan 1 kematian.

Sumber: KKM

3 Kluster baru…

Perkara ini telah mengejutkan ramai rakyat Malaysia sehinggakan Ketua Pengarah Kesihatan tampil membuat kenyataan media semalam bagi menjelaskan perkara ini kepada orang ramai.

“Terkini terdapat 3 kluster baru dikesan. Antaranya kluster rumah kongsi Sepang. Saringan telah dilakukan di sebuah tapak pembinaan di Sepang.

Setakat ini 96 orang pekerja telah disaring iaitu terdiri daripada 9 warganegara dan 87 bukan warganegara. Keputusan dapati 2 orang positif dan selebihnya negatif jelasnya.

Jumlah lebih terperinci…

Hm, sekarang ni paling penting adalah diri kita. Masing-masing kena beringat dan jangan pentingkan diri sendiri.

Paling penting nama dan nombor telefon yang diberi pada setiap kunjungan mana-mana premis haruslah diberikan dengan betul supaya kelak mudah untuk mengesan ke mana anda pergi.

Apa pun jangan lupa jaga jarak sosial anda, pakai face mask jika di tempat sesak dan stay safe!

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Video Sebat 3 Anak Perempuan Viral! Beginikah Cara Mendidik?

Gelombang Kedua COVID-19 Landa Sarawak, Aishwarya Rai Masuk Hospital

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: KKM

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna