Haiwan Pun Boleh Dijangkiti COVID-19, Macam Mana Dengan Kucing Peliharaan?

Baru-baru ini kita semua dikejutkan dengan seekor Harimau Malaya di United State (US) yang dikenali Nadia telah dijangkiti wabak berbahaya, COVID-19. Berita ini membuatkan orang ramai berasa gusar kerana haiwan juga boleh terkena virus ini.

Lebih merisaukan lagi apabila pemilik haiwan peliharaan seperti kucing, anjing, hamster yang membela di dalam rumah. Nak bawa mereka saringan ujian kesihatan ke? Atau kita perlu melepaskan mereka? Oh! Kasihanlah mereka!

Haiwan peliharaan bukan penyebar virus COVID-19…

Bawa bertenang girls, sebab Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah menjelaskan haiwan peliharaan bukan penyebar virus COVID-19. Sehubungan itu, kita semua tak perlu khuatir dan tak perlu menjalankan ujian pengesanan virus terhadap haiwan kesayangan kita.

“Berasaskan penemuan saintifik semasa, walaupun haiwan kesayangan boleh dijangkiti COVID-19 namun ia tidak berbahaya kerana virus ini menyebabkan jangkitan yang ringan pada haiwan tersebut. Virus yang ada pada haiwan berada dalam jumlah yang rendah untuk disebarkan kepada manusia,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, jabatan menasihati pemilik haiwan yang mengesyaki dirinya berjangkit COVID-19 perlu mengasingkan diri daripada haiwan kesayangan untuk mengelakkan ‘in contact’. Mereka juga perlu mengamalkan kebersihan diri dan keperluan kebajikan haiwan tidak diabaikan,” kata pihak mereka.

Kucing perlu pakai mask ke?

Tidak cukup dengan itu, facebook Public Health juga turut memberi keterangan ringkas kepada orang ramai tentang cara penjagaan haiwan peliharaan pada musim COVID-19 ini.

Sekarang ni jangan risau lagi okay? Sayang je semua haiwan. Tak perlu bunuh, seksa, buang atau bawa pergi buat saringan COVID-19. Just chill je. Semoga semuanya dalam keadaan terkawal dan selamat.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Kini Tidak Hanya Manusia, Kucing Pula Positif COVID-19!

Bela Atau Tak, Ketahui 10 Makanan & Minuman Yang Tak Boleh Beri Pada Kucing

 

 

 

 

 

Sumber: BHpublichealth

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna