“Hadiah Terindah!” – Wanita Ini Terpilih Menunaikan Haji 2020

Buat kali pertama untuk tahun 2020, kesemua para jemaah haji Malaysia yang sepatutnya menunaikan ibadah Haji pada tahun ini akan dibawa ke tahun depan.

Manakala, mereka yang sepatutnya menunaikan haji pada tahun depan pula, akan dapat melaksanakan ibadah itu pada tahun berikutnya. Hm, kasihan mereka, saat dinantikan untuk menjejakkan kaki ke tanah suci ditangguh. Harap mereka semua dipanjangkan umur dan dipermudahkan urusan ke sana.

Sumber: cariangoogle

Tak sangka dapat ‘tiket emas’!

Tapi, apa yang menarik perhatian kami adalah berita tentang seorang wanita warganegara Malaysia, Fawziya Mohamed yang kini berada di tanah Arab Saudi memperoleh ‘tiket emas’ untuk menunaikan Haji.

“Tak sangka permohonan saya ni diluluskan dan ini merupakan pertama kali pergi menunaikan haji. Alhamdulillah.

Saya anggap ini hadiah paling bermakna buat saya sebab kebetulan pada 28 Julai ini jatuh ulangtahun hari jadi saya,” jelasnya pada Kementerian Media Arab Saudi.

Selain Fawziya, seramai tujuh orang rakyat Malaysia lagi terpilih mengerjakan rukun Islam kelima pada tahun ini dan mereka terdiri daripada pelajar dan pekerja di Jeddah, Madinah dan Riyadh.

Siapa je tak teruja dapat menunaikan haji. Lebih-lebih lagi bila diri ini dipilih menjadi tetamu Allah di antara 1000 jemaah haji yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi sewaktu penularan wabak berjangkit ini.

Apa pun, semoga Fawziya dan jemaah Haji Malaysia yang lain dapat mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Arab Saudi dan semoga memperoleh haji mabrur.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

PKPP Diperketatkan! Kawasan Ini Dihadkan Pergerakan

Jangan Leka! Ini SOP Raya Aidiladha COVID-19

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: hajj.media

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna