Habit Gigit Kuku Boleh Sebabkan Jari Dipotong

Ada yang kaitkan tabiat mengigit kuku ini dengan masalah psikologi.”

Bagi yang gemar menggigit kuku, selepas anda membaca semua fakta ini mungkin anda sudah boleh mula untuk meninggalkan tabiat ini. Seperti yang kita tahu, jari dan mulut terdapat banyak kuman dan bakteria yang kita tidak dapat melihat dengan mata kasar. Oleh sebab itu, sebelum hendak membuat apa-apa, kita perlu mencuci tangan terlebih dahulu.  Tabiat ini memang amat sukar untuk dibuang walaupun ditegur banyak kali, pendek kata ia sangat susah untuk berhenti. Tidak kira sama ada jari itu sudah sampai berdarah-darah pun masih tetap diteruskan juga.

Sumber Foto: thesun.co.uk

Habit menggigit kuku yang sukar dikawal menyebabkan seorang pelajar perempuan Courtney Whithorn dari Australia terpaksa melalui detik sukar apabila ibu jarinya terpaksa dipotong. Habit buruk itu menyebabkannya dijangkiti kanser kulit. Dia mulakan mengamalkan tabiat tersebut selepas kerap menjadi mangsa buli di sekolah. Walaupun bimbang dengan ibu jarinya yang mula bertukar kehitaman, Courtney nekad menyembunyikan perkara tersebut daripada pengetahuan keluarga dan juga rakannya. Dia bertindak menggenggam tangannya selain memakai kuku palsu selama empat tahun untuk mengelak masalah itu diketahui ramai. Namun, masalah itu akhirnya terbongkar selepas Courtney disahkan menghidap kanser kulit yang boleh meragut nyawanya.

Sumber Foto: thesun.co.uk

Sejak disahkan menghidap penyakit itu tahun ini, Courtney telah menjalani empat pembedahan. Meskipun ada usaha untuk menyelamatkan ibu jarinya, namun ia terpaksa dipotong pada pembedahan keempat. Courtney bertemu seorang doktor untuk alasan kosmetik dan dirujuk kepada pakar bedah plastik yang mencadangkan agar kuku itu dibuang untuk menyingkirkan kulit hitam tersebut. Namun sebelum pembedahan pertama dilakukan, doktor memberitahu ada sesuatu yang tidak kena dan saya melakukan biopsi. Courtney masih menunggu hasil keputusan pembedahan tersebut dan pakar bedah akan terus memantau keadannya dalam tempoh lima tahun akan datang dengan melakukan beberapa imbasan biasa.

BAHAYA GIGIT KUKU!

Sumber Foto: 123rf.com

Amalkan membersih tangan dan jari dengan kerap. Didik juga kanak-kanak kepentingan menjaga kuku lebih awal. Di bawah kuku kita terdapat banyak bakteria dan kulat yang tinggal di situ. Kalau anda menggigit kuku, sudah tentulah semua bakteria ini akan terus masuk ke dalam mulut anda tanpa anda sedar. Jadi, untuk mengelakkan anda diserang pelbagai penyakit berhentilah menggigit kuku anda dari sekarang. Kemungkinan besar kuku itu tidak boleh tumbuh semula kerana apabila digigit sehingga tahap kronik, ia boleh mengganggu kuku tersebut untuk tumbuh.

Orang yang menggigit kuku ini mudah terdedah kepada paronychia, iaitu sejenis jangkitan kulit yang berlaku di sekitar kuku. Semasa anda mengunyah kuku, bakteria, yis, dan mikroorganisma lain boleh masuk melalui air liur, dan membawa kepada bengkak, kemerahan dan nanah di sekeliling kuku anda. Gigi anda juga mungkin boleh beralih dari kedudukannya dan rosak jika anda menggigit kuku anda dari semasa ke semasa. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan gigi anda mudah tertanggal di kemudian hari jika sering menggigit kuku. Cuba hentikan habit buruk ini dengan cara:

  • Balut hujung jari anda dengan plaster.
  • Pastikan kuku anda sudah dipotong pendek.
  • Lakukan banyak aktiviti yang perlu menggunakan jari seperti bermain gitar atau bermain piano.
  • Letakkan sesuatu di kuku anda seperti pewarna kuku.
  • Kerap kuyah gula-gula getah untuk elak anda mengigit kuku.

 

Sumber: thesun.co.uk myhealth.gov.my

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna