Video Kerabat Diraja Ini Curi Perhatian Ramai

Bergurau? Kalau baru kahwin bolehlah..sekarang ni dah dekat sepuluh tahun kahwin. Anak pun dah berderet ramai..

Itulah persepsi yang menghantui dalam kalangan kebanyakkan pasangan yang sudah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga dan itulah punca penceraian atas alasan kononnya mereka sudah tidak ada lagi persefahaman. Walhal, mereka sendiri yang mencipta jurang.

Jadi, untuk mengeratkan lagi hubungan pasangan suami isteri supaya tidak menjadi keruh, mereka haruslah sentiasa berkomunikasi, bertoleransi, bergurau senda, saling memaafkan dan yang paling penting, merendahkan ego. Namun begitu, tidak semua pasangan mampu lakukan perkara tersebut.

TMJ Jadi ‘Ironman’ Bila Disergah Isteri

Baru-baru ini sebuah video ringkas mencuri perhatian ramai kerana ianya dimuat naik di akaun Instagram milik Che Puan Khaleeda, isteri kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim atau lebih mesra dikenali sebagai TMJ.

Video berdurasi kurang dari seminit itu memaparkan Che Puan Khaleeda bergurau dengan menyergah TMJ ketika sedang melintasi sebuah bilik kerana ingin mengusik suaminya. Berikutan itu, apa yang mencuit hati pengikutnya, selepas saja TMJ disergah, dirinya terkejut sehingga ingin membuka langkah silat.

TMJ nak nalas dendam balik!

Namun, gurauan tersebut tidak berakhir disitu saja kerana selepas beberapa jam, TMJ pula memuat naik sebuah video di akaun Instagram miliknya yang memberi amaran kepada isterinya bahawa beliau akan membalas dendam (dengan nada bergurau).

Tambahan pula, beliau mengaku dirinya gagal menjadi seorang tentera walaupun lapan tahun menyertai angkatan tentera dan akhirnya beliau menjadi seorang Ironman ketika disergah oleh isterinya sendiri.

Sumber: TMJ , YM Che Puan Khaleeda

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna