Gunakan 3 Minyak Pati Ini Untuk Kurangkan Si Kecil Batuk & Selsema

Serangan demam, batuk dan selsema pada si manja akan buat para ibu tak senang duduk. Yelah, ibu mana tak bimbang bila anak kesayangan jatuh sakit. Sekarang ni apa-apa penyakit pasti akan bermula daripada simptom 3 serangan ini. Paling merisaukan lagi apabila si manja mengalami ketiga-tiga serangan ini dalam satu masa.

via GIPHY

Menurut Angkasawan Pertama Negara, Dr Sheikh Muszaphar, perkara utama yang wajib anda lakukan adalah…

  1. Minta mereka minum banyak air daripada hari biasa. Misalnya, selalu mereka minum 3 gelas air sehari tapi bila mereka mengalami antara serangan ini, minta mereka minum lebih dari 3 gelas.
  2. Semak suhu badan mereka dan terus mandikan mereka, kemudian letakkan tuala basah di seluruh badan mereka untuk turunkan suhu badan mereka.
  3. Jika suhu badan mereka 38 atau 39 darjah selsius, biarkan badan mereka dalam keadaan terdedah dengan kipas angin dan elakkan memakai pakaian tebal atau berlengan panjang. Sebolehnya, pakaikan lampin saja.
  4. Pada msa yang sama perhatikan pada badan si manja sama ada terdapat bintik merah atau ruam.
  5. Kalau ada, cepat-cepat bawa berjumpa dengan doktor untuk dapatkan rawatan selanjutnya.

Selain daripada perkongsian Dr. Sheikh Muszaphar, kami sarankan menggunakan pewangi minyak pati untuk mengurangkan si manja mengalami batuk dan selsema. Bukan apa, kadang-kala pengudaraan persekitaran rumah  yang tidak bersih menyebabkan mereka terkena serangan ini.

Sumber: thehealthy

Antaranya adalah…

  1. Rosemary Essential Oil – Pewangi minyak pati mengandungi pelbgai anti bakteria dan fungus. Jadi ia dapat melemahkan penyebaran germ kepada anda atau angota keluarga yang lain.
  2. Blue Yarrow Essential Oil – Menurut kajian BlueURL mendapati minyak pati Blue Yarrow mampu melemahkan bakteria selsema.
  3. Kumquat Essential Oil – Kumquat adalah sejenis buah sitrus dan ia mengandungi anti viral dan anti fungal di mana dapat mngurangkan penyebaran jangkitan kuman dan serba sedikit dapat menyegarkan udara.

Apa pun ini hanyalah alternatif lain untuk membantu mengurangkan batuk dan selsema si kecil saja, bukan membantu menyembuhkan. Nasihat doktor perlu diikut terlebih dahulu.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, anda boleh klik senarai artikel berikut:

Anak Asma? Ikuti 10 Langkah Pencegahan Ini ,

Elak Penyakit Anemia, Jom Amalkan Makan Kerang Rebus

 

 

 

 

Sumber: Parents

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna