Guna Istilah ‘Sahabat’ Bila Nak Pinjam Duit, Tapi Liat Nak Bayar?

“Salam sahabat, maaf kacau aku nak pinjam duit ni, hujung bulan aku bayar”. Haa dalam ramai kawan-kawan anda mesti ada yang macam ni kan. Kadang-kadang bukan apa, bila dah lama berkawan ni mesti secara tidak langsung, bila mereka dalam kesusahan anda akan tolong tidak kira dari sudut apa pun. Jika ada duit lebih, anda tidak teragak-agak untuk beri pinjam kepada mereka.

Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza-beza, mungkin anda seorang yang pada awalnya berasa was-was nak beri pertolongan tambah lagi dari segi duit, tapi disebabkan mereka pandai mengayat dengan menggunakan istilah ‘sahabat’ terus tak sampai hati dibuatnya.

Image result for borrow money from friend

Sumber: caught

Penting untuk anda tahu sebenarnya ada dua syarat untuk anda beri pinjam kepada orang lain, pertama anda perlu menitikberatkan kepada siapa yang anda beri, adakah anda betul-betul percaya pada mereka? Kedua, nilai amaun yang anda pinjam kan, haa penting tu sebab kalau banyak lepas itu tak bayar anda yang sakit hati lebih!

Di sini Donna kongsikan tip macam mana nak handle kawan anda yang liat sangat nak bayar tu:

Selalu Ingatkan Si Dia

Mungkin mereka yang susah nak bayar ni selalunya akan beri alasan lupa nak bayar. Jadi tugas anda adalah sering mengingatkan mereka tentang hutang. Nak lagi berkesan, apa kata anda ‘spam’ whatsapp mereka dengan bertanyakan soalan kepada si penghutang tu. Mana tahu bila dah fedup mungkin si dia akan mengambil keputusan untuk bayar.

Image result for share on instagram

Sumber: mashable

Share Di Media Sosial Kesan Tak Bayar Hutang

Haa apa kata anda cuba psiko sikit si penghutang ni dengan post tentang kesan orang yang tidak membayar hutang. Mungkin anda juga boleh libatkan dengan orang yang dekat di sekelilingi mereka seperti keluarga. Ambil potongan hadis, atau kata-kata nasihat yang berunsur ilmiah dan tag si dia hiks!

Terus Terang Dengan Cepat

Bila bab berhutang ni, anda tidak perlu berkias untuk si dia bayar balik duit anda. Tetapi berterus terang lah supaya dia lebih memahami apa yang anda inginkan. Jelaskan padanya boleh bayar ansuran atau beri alternatif lain sehingga mampu untuk membayar balik.

Haa mungkin tip-tip ni boleh bantu anda mendapatkan semula duit yang dipinjam, kalau masih tidak berkesan apa yang anda boleh buat adalah berdoa agar hati si penghutang dilembutkan untuk bayar. Semoga bermanfaat!

 

 

 

 

Sumber: vocket

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna