Guna Gambar Kahwin Dengan Nazim? Bella Dally ‘One-To-One’ Dengan Sheila Rusly

Setiap hari Sabtu jam 10 malam TV3 akan menyajikan telefilem pendek dalam slot Cerekarama menarik untuk penonton, dan minggu lalu, telefilem bertajuk Silang di bawah terbitan JS Pictures Sdn Bhd telah mendapat sambutan hangat kerana kesemua barisan pelakon boleh tahan hebatnya.

Namun, satu isu telah timbul apabila telefilem tersebut mendapat perhatian netizen apabila gambar perkahwinan  pelakon Nazim Othman dan Bella Dally suatu ketika dulu digunakan sebagai props dalam telefilem tersebut. Lah! Tak ada gambar lain ke nak guna?

“Kenapa produksi lepaskan guna gambar tu?”

Babak tersebut telah sampai ke pengetahuan Bella sendiri selepas berduyun-duyun Direct Message dari peminatnya bertanyakan mengenai isu sensitiviti tersebut. Apa tujuan dan mengapa pihak produksi menggunakan gambar perkahwinan silam mereka berdua dalam telefilem Silang?

“Sis Shiela, kenapa prop guna gambar lama kahwin Bella dengan Nazim?”

Berikutan itu Bella sendiri bertanyakan kepada penerbitan JS Pictures Sdn Bhd dengan nada baik kenapa menggunakan gambar mereka dalam telefilem tersebut. Ha.. Nasib baik Sheila Rusly jawab dengan elok. Mungkin tak nak mengeruhkan lagi keadaan.

Benda boleh copy paste…

Ini adalah salah satu tweet dari netizen yang viral mengenai isu ini.

Mungkin ada pihak yang menganggap hal ini kecil saja sebab Nazim Othman selaku watak utama dalam telefilem tersebut pun tidak kisah gambar mereka digunakan sebagai prop. Namun, bagi Bella yang kini telah mempunyai suami setelah berkahwin kali kedua merasakan ianya tidak wajar dan juga seperti tidak menghormati dirinya.

Apa pun, masing-masing telah bersemuka dan isu ini pun telah diselesaikan dengan cara baik. Agaknya apa komen Nazim berkaitan hal ini ya? Hiks.

Artikel berkaitan:

Akhirnya, Bella Dally Dedah Hanya Selangkah Untuk Tamatkan Status Janda

Seri Pengantin Baru! Terserlah Wajah Gembira Bella Dally Bersama Suaminya

 

 

 

 

Sumber: twitter

 

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna