Guna Cara Ini Untuk Keluarga Lebih Bahagia

Dalam rumah tangga bukan hubungan dengan pasangan saja yang perlu dijaga. Tetapi, hubungan dengan anak juga harus dititik beratkan untuk mewujudkan keharmonian dalam sesebuah keluarga.

Bayangkanlah, kalau hubungan antara pasangan dalam keadaan baik tapi, bila sentuh tentang hubungan dengan anak-anak, gagal. Apakah ini dapat dikatakan keluarga yang bahagia? Semestinya tidak.

Sumber: pexels

Untuk membina kebahagiaan dan mewujudkan suasana yang harmoni dalam organisasi sesebuah keluarga. Anda haruslah ikuti tip dan panduan yang Donna kongsikan ini.

Saling melengkapi

Setiap orang pasti ada kelebihan dan kekurangan, sebab itulah setiap orang memerlukan pertolongan masing-masing. Si anak, harus membantu ibu bapanya manakala, ibu bapa pula harus melakukan perkara yang sama.

Sumber: pexels

Sikap ini semuanya dari didikan dan contoh yang terbaik oleh anda dan pasangan.  Terapkan pada diri mereka. Malah, dalam ajaran agama Islam sudah pun menggalakkan untuk mengutamakan keluarga sebelum orang luar.

Jangan memperlehkan

Keluarga adalah ahli pertama yang akan mengetahui perangai masing-masing. Lebih-lebih lagi bila berada di bawah satu bumbung. Setiap keburukkan dan kelebihan semuanya dalam poket masing-masing.

Sumber: universal

Oleh itu, mana yang ada kelemahan, lengkapkan dengan kelebihan yang anda ada dan mana yang melakukan kesilapan, nasihati mereka. Jangan pula memperlekehkan mereka. Takut ada kesan sampingan yang lain pula.

Komunikasi

Komunikasi merupakan aspek yang terpenting untuk mengeratkan hubungan di antara ibu bapa dan anak. Ia terbukti dalam kalangan kebanyakan penyelidik keluarga dengan mengatakan komunikasi mampu mengeratkan hubungan sesama manusia.

Sumber: unsplash

Jadi, ada kan masa pada setiap hari atau paling kurang seminggu sekali untuk berkumpul bersama keluarga supaya dapat mengetahui perkembangan kehidupan masing-masing. Sama ada mempunyai masalah dengan rakan atau berkongsi cerita gembira.

Itulah antara perkara paling asas yang umum patut ketahui. Jika perkara ini ahli keluarga anda tidak mampu untuk lakukan, jangan pernah label keluarga anda adalah keluarga yang harmoni.

 

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna