‘Green Light’ Untuk Suami! Ini Posisi Selamat Bagi Wanita Hamil

Bila perut isteri semakin membesar, si suami pula mula lah berasa tak senang duduk betul tak? Biasalah, kaum lelaki pun nak juga bermanja-manja dengan isteri tapi bila dah mengandung ramai yang menganggap sudah tak boleh melakukan hubungan intim takut apa-apa terjadi.

Berasmara semasa hamil adalah selamat, jika ia dilakukan seperti mana anda dan pasangan biasa lakukan dan penting untuk memberi keselesaan kepada dua belah pihak terutamanya isteri yang sedang mengandung.

Donna faham, untuk mengekalkan keselesaan ia agak sedikit mencabar lebih-lebih lagi kalau ibu mengandung cepat rasa penat dan lelah.

Sumber: aseanparent 

Posisi Ketika Trimester Pertama

Kebiasaanya awal kandungan ibu hamil akan berasa cepat penat dan sering mengalami morning sickness jadi sebagai suami anda perlu berhati-hati dan tidak terburu-buru untuk bersama isteri. Apa yang menyeronokkan adalah ibu hamil akan menghasilkan pelincir dengan mudah secara semula jadi pada vagina.

Walaupun perut masih belum besar, tetapi hormon wanita mengandung akan membuatkan anggota intim menjadi semakin sensitif.

Sumber: aseanparent

Posisi Ketika Trimester Kedua

Ia boleh dipanggil sebagai fasa ‘honeymoon’. Ini kerana fasa ini tiada lagi alahan dan keletihan melampau dan buat wanita hamil akan akan rasa seksi daripada biasa.

Disebabkan perut anda semakin besar, posisi doggy style atau reverse spooning adalah paling sesuai, untuk keselesan anda boleh letakkan bantal agar tidak sakit di bahagian kaki.

Sumber: aseanparent

Posisi Ketika Trimester Ketiga

Siapa cakap bila isteri mengandung aktiviti di ranjang semakin hambar? Perut membesar bukan lah penghalang untuk bersama yang penting adalah ‘kreatif’ ketika melakukannya.

Anda dan pasangan boleh cuba gaya spooning, masuk dari tepi tetapi kedudukan anda berada di atas sedikit. Untuk lebih mudah, anda boleh masuk dari belakang atau cuba duduk di kerusi.

Untuk pasangan di luar sana yang bakal menjadi ibu bapa, anda boleh praktikkan posisi seperti di atas agar hubungan bersama sentiasa terjalin.

 

Nak artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Bosan Asyik Baring? Ajak Suami Cuba 4 Posisi Berdiri Yang Buat Anda Semakin Ketagih

Isteri Malu Nak Cakap? Tapi Mungkin Ini Posisi Favourite Wanita Yang Suami Patut Tahu

 

 

 

 

 

Sumber: aseanparent 

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna