Gorila Kacak Jadi Kegilaan Wanita Melawat Zoo

Seekor gorila menjadi popular di sebuah zoo di Jepun selepas ribuan pengunjung datang semata-mata untuk melihat dan merakam wajahnya yang tampan.”

Gorila tersebut dikenali sebagai Shabani, menjadi ke­gilaan dalam kalangan gadis di Jepun kerana disifatkan sebagai haiwan paling kacak. Haiwan ini menerima kunjungan tertinggi daripada peminatnya saban hari. Shabani yang dibesarkan di sebuah Zoo Taronga, Sydney Australia sebelum ini dipindahkan ke Nagoya, Jepun semata-mata kerana dia menjadi kegilaan wanita Jepun.

Sumber Foto: boredpanda.com

Penjaga Zoo Taronga, Allan Schmidt berkata, Shabani dibawa ke situ bersama keluarganya dari Belanda ketika dia berusia dua bulan pada Disember 1996. Shabani dipindahkan ke Zoo dan Taman Botani Higashiyama di Nagoya pada 2007.

Sumber Foto: boredpanda.com

Sejak itu ramai pengunjung wanita muda yang berpusu-pusu datang melawatnya kerana dianggap terlalu kacak. Ini terbukti apabila gambar Shabani kerap dikongsikan di Twitter menyebabkan popularitinya juga meningkat.

Sumber Foto: boredpanda.com

Menurut online portal hmetro dalam satu undi yang dilakukan Zoo dan Taman Botani Higashiyama telah meletakkan Shabani sebagai haiwan paling popular. Daripada 19,316 undian yang dibuat pengunjung dari 6 Oktober hingga 4 November lalu, Shabani menduduki tempat pertama diikuti beruang koala dan gajah.

Sumber Foto: boredpanda.com

Gorila berusia 22 tahun itu popular berpunca daripada ramai pengunjung tertarik dengan wajahnya yang tampan dan pandai bergaya di depan kamera. Gambar-gambar Shabani yang dimuat­­naik di laman sosial memaparkan aksi haiwan itu yang tidak ubah seperti model lelaki ketika bergambar.

Sumber Foto: boredpanda.com

Antara gaya mencuit hati oleh Shabani yang dikongsi peminatnya, memaparkan haiwan itu menjeling, menunjukkan ototnya, serta termenung jauh selain daripada bermain dengan gorila lain. Komen yang dimuat naik dalam sosial menyifatkan Shabani sebagai binatang paling seksi, comel, dan terlampau kacak.

Sumber Foto: boredpanda.com

Rakaman kamera litar tertutup juga ada menangkap beberapa imej si Shabani yang sangat sinonim seperti seorang lelaki dewasa sedang beraksi dan juga termenung namun masih dalam rupa yang menarik.

Sumber Foto: boredpanda.com

Shabani ditempatkan di zoo kedua paling sibuk di Jepun. Gorila ini juga kerap muncul dalam satu video pengambilan pekerja untuk pejabat perbandaran Nagoya tidak lama dahulu. Peminatnya kerap merujuk gorila itu sebagai ‘ikemen’ atau ‘lelaki kacak.’ Selain itu, wajahnya juga seringkali menghiasi pelbagai iklan dan juga produk keluaran pelbagai syarikat terkemuka.

Sumber Foto: boredpanda.com

Anda rasa bagaimana, kacak tak gorila ini?

 

 

 

 

 

Sumber: dailymail boredpanda.com

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna