Gigih Nak Cantik Agaknya, Sanggup Minum Air Masak 7 Liter Boleh Jadi Kes Sawan Ni

Yes aku dah berjaya minum 7 liter air sehari!”

Kalau nak kurus cepat kena minum air kosong haa macam tu juga la dengan mitos if you want a clear skin, kena teguk air banyak-banyak. Memang tidak dapat dinafikan pengambilan minum air kosong memang baik untuk kesihatan tubuh badan, namun sekiranya anda mengambil secara berlebihan dan tidak sesuai mengikut badan ia akan memberi kesan buruk pada organ dalaman kita.

Kencing Jernih Bermakna Anda Dah Overdo !

Tular sebelum ini seorang lelaki telah berkongsi di media sosial yang kononnya ingin menjaga kesihatan dengan minum air 7 liter sehari sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi dan pertikaian dalam kalangan netizen. Mungkin ramai yang beranggapan bahawa air kencing berwarna jernih amat baik kerana ia ‘mencuci’ dan mengeluarkan segala toksin dalam badan tetapi anda perlu tahu jika ia diambil secara berlebihan akan memberi beban kepada buah pinggang sehingga menyebabkan warna air kencing berubah.

Image result for minum air terlalu banyak

Sumber: cantik

Bukan Minum Air Bergelen Kalau Nak Kurus

Seorang doktor menyatakan bahawa terdapat wanita yang terkena sawan akibat minum air kosong 10 liter sehari. Memang gigih ye! Tambah lagi pernyataan daripada Doktor Rafidah Abdullah seorang pakar buah pinggang yang popular di twitter menjelaskan bahawa pengambilan air secara berlebihan bukan cara terbaik bagi seseorang untuk mengurangkan berat badan. Lebih baik jika anda melakukan senaman dan minum air bila haus.

Menurut Dr Nimelesh dia juga terkejut dengan perkongsian tersebut sehingga ia memberi pesanan kepada netizen bahawa segala apa yang dimasukkan ke dalam mulut haruslah diambil dengan sederhana dan setakat mencukupi sebelum ia memberi kesan yang tidak baik kepada badan.

Jadi lepas ni jangan terlalu percaya dengan mitos atau sebarang perkongsian di Interent, check dulu dan rujuk kepada pakar. Nak cantik dan sihat kena tahu caranya dengan betul, jangan main bedal je nanti diri sendiri yang merana.

 

Untuk artikel lebih menarik anda boleh klik link di sini :

Selalu Sakit Kaki Ketika Jogging Jangan Mengeluh Cuba Tip Ni Dulu

 

 

 

Sumber: erinsakura 

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna