Gerenti Licin Pinggan! Resepi Masak Lemak Cili Api Pucuk Paku

Hari minggu kalau mak-mak singgah ke pasar pagi untuk membeli bahan masakan, pasti dapat lihat sayur-sayur segar antaranya pucuk paku. Bila sebut je pucuk paku terus terfikir nak buat masak lemak cili api, memang gerenti licin pinggan dibuatnya hiks!

Kalau tengahari ni mesti nak cari lauk masakan kampung, baru lah puas. Jadi apa kata anda cuba resepi di bawah, mudah je anak-anak dara pun boleh cuba masak tau. Mana tahu boleh tambat hati bakal mak mertua!

Image result for pucuk paku

Sumber: tripadvisor

Bahan- Bahan

  • 1 ikat pucuk paku
  • Sedikit ikan bilis
  • 2 cawan santan
  • 5 biji cili padi
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 inci kunyit
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 keping asam gelugor
  • garam dan gula

Cara Penyediaan

Tumbuk cili api, kunyit dan bawang merah secara kasar. Kemudian masukkan ikan bilis juga ditumbuk kasar. Satukan pucuk paku dengan bahan yang ditumbuk,santan,garam,gula serta asam keping. Masak hingga mendidih kemudian sedia dihidang.

Haa mudah je nak masak lauk kampung ni, sekali makan pasti nak lagi!

 

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Bukan Setakat Sedap Tapi Confirm Kenyang, Ni Makanan Wajib Anda Cuba Di Busan!

Lazat Dan Berkrim! ‘Italian Dessert Panna Cotta Mampu Sejukkan Tekak Pada Musim Panas

 

 

 

 

 

Sumber: mamamia 

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna