Gerai Dirampas! Anak Perempuan Pakcik Jual Jagung Tampil Beri Kenyataan Sebenar

Sebelum ini kalau kita lihat di laman media sosial Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sering membuat operasi mengangkut gerai-gerai warga asing.

Tapi, beberapa hari lepas viral sebuah rakaman video pihak berkuasa merampas semua barang jualan pemilik gerai jagung warganegara yang dijual tepi jalan.

Rata-rata netizen mengatakan salah tetap salah malah, ada juga mengatakan penguatkuasa bertindak kejam kerana tidak membantu rakyat sendiri.

Posted by Nann Nazz on Monday, July 13, 2020

Anak pakcik jagung tampil bersuara…

Rentetan daripada penularan video tersebut, salah seorang anak kepada pakcik jagung, Siti Norfadhilla tampil memberikan penerangan dengan lebih jelas apa yang berlaku sebenar melalui posting di laman Facebook miliknya.

Menurut Siti, ayahnya pernah membuat permohonan lesen tapi tak diluluskan atas faktor lokasi tapi ayahnya tiada pilihan lain selain berkemampuan menjual jagung lagipun tiada tempat lain untuk berniaga.

Bapa saya ada masalah penglihatan…

“Untuk pengetahuan kalian ayah saya marah dalam video sebab mereka tinggikan suara dan cakap ‘sampai bila engkau nak berlakon buta?’ Padahal ayah saya memang ada bukti surat doktor dan memang tidak dapat diubati,” jelasnya dalam penulisan posting Facebook.

Tambahnya lagi, hampir setiap hari bapanya tertekan kerana sukar membuat kerja lain kerana menghidapi penyakit Retinitis Pigmentosa. Jadi, terpaksa menjual jagung kerana itulah satu-satunya mata pencariannya untuk menanggung enam orang anak dan lima orang masih belajar.

Kecewa dengan semua ni…

Siti turut meluahkan rasa kecewa dengan pihak penguatkuasa kerana ayahnya bukan merompak tapi hanya ingin mencari sesuap nasi untuk keluarga.

Hm, mungkin pihak berkuasa boleh pertimbangkan kes ini jika buat rayuan. Kami yakin, pihak penguatkuasa tak sekejam yang disangka. Mereka juga manusia.

Apa pun, semoga adik Siti satu hari nanti dapat berbakti pada orang tuanya dan pakcik jagung diberikan rezeki lain jauh lebih bagus. Percayalah setiap apa yang berlaku, ada hikmahnya.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Bagi Pemohon BSH Baru, Perlu Kemaskini 6 Maklumat Ini

Aiman Hakim & Bapa Mertuanya Panaskan Drama TV3 Hujung Minggu

 

 

 

 

 

Sumber: facebook

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna