General Manager TM Turun Padang Lepas Video Pelajar UMS Viral Panjat Pokok

Baru-baru ni tular di media sosial sebuah video tentang kisah seorang pelajar perempuan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin sanggup memanjat pokok demi mendapatkan talian internet untuk menjawab peperiksaan secara dalam talian.

Video tersebut telah mendapat perhatian pihak Telekom Malaysia, dan kelmarin, General Manager (GM) Telekom Malaysia (TM) di Sabah yang telah mengambil keputusan untuk turun padang sendiri untuk melihat keadaan kawasan Veveonah untuk membantu apa yang termampu.

Hilux TM redah demi Veveonah!

Lihatlah beberapa keping gambar yang sempat dikongsikan salah seorang pengguna Facebook, Sammy Mohamad Ariffin menerusi akaun miliknya.

Beberapa buah kenderaan dari pihak TM bergegas ke kawasan rumah Veveonah walaupun terletak di pendalaman hutan. Barang keperluan seperti telur dan air mineral juga turut diberikan.

Fuh! Bersungguh betul GM TM di Sabah ni menghulurkan bantuan. Harap usaha yang dilakukan ini serba sedikit dapat membantu Veveonah belajar dengan selesa. Kami harap, selepas GM TM dapat selesaikan masalah internet di kawasan Vevonah selepas membuat pemantauan kawasan.

Kepada adik-adik di luar sana yang mudah untuk dapat internet, jangan sia-siakan. Gunakan sebaik yang mungkin supaya cerah masa depan.

Semoga keputusan adik Veveonah cemerlang selepas mengharungi cabaran hebat ketika menuntut ilmu!

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Bilik Pelajar Universiti Jadi Tongkang Pecah Lepas Tinggal Berbulan-Bulan

“Diberi Keutamaan Kepada Pelajar Tingkatan 5 & 6,” – Dr Noor Hisham

 

 

 

 

 

 

Sumber: facebook

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna