Gelombang Kedua COVID-19 Landa Sarawak, Aishwarya Rai Masuk Hospital

Walau telah berada dalam fasa pemulihan, kita masih belum menang!

Inilah nasihat yang sering diberikan oleh media kepada rakyat dengan harapan rakyat memahami situasi yang kita hadapi sekarang. Ya benar kita semakin pulih, namun kita masih belum menang. Selagi masih ada mereka yang dijangkiti selagi itu risiko wabak ini menular semula masih tinggi.

Ini yang baru berlaku dan dilaporkan sendiri oleh Hmetro, apa bila kes positif COVID-19 di Sarawak kembali mencecah dua angka apabila 10 kes baharu direkodkan semalam. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata angka itu menjelaskan gelombang kedua pandemik COVID-19 mula melanda negeri Sarawak.

Beliau berkata, enam daripada kes baharu dilaporkan di Kuching dan masing-masing dua di Samarahan serta Bintulu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak kini meningkat sebanyak 594 kes.

Kluster baharu

Kluster baharu juga dikesan iaitu Kluster Kapal LNG Jupiter berikutan pertambahan dua kes menjadikan jumlah keseluruhan kes yang membabitkan kluster ini ialah seramai tiga orang daripada keseluruhan 30 orang kru kapal yang disaring.

Kes positif bukan warganegara itu adalah kontak rapat kepada kes positif yang sudah dikesan pada 13 Julai lalu di atas kapal LNG Jupiter. Kesemua kes ini dikategorikan sebagai kes import yang membabitkan warga tempatan.

 

Aishwarya Rai positif COVID-19

Menjadi seorang yang terkenal tidak menjadikan anda kebal dengan virus pandemik ini. Bintang Bollywood, Aishwarya Rai dan anak perempuannya Aaradhya dimasukkan ke sebuah hospital di Mumbai selepas sukar bernafas. Hindustan Times yang memetik sumber yang memberitahu agensi berita PTI melaporkan, dua beranak itu yang sebelum ini disahkan positif Covid-19 itu berada dalam keadaan baik.

Media sebelum ini Abhishek Bachchan mengesahkan menerusi Twitter bahawa isterinya itu dan anak mereka, Aaradhya positif Covid-19. Abhishek dan bapanya, Amitabh Bachan juga disahkan positif virus dan sebelum ini dimasukkan ke hospital sama bagi mendapatkan rawatan lanjut.

 

 

 

Baca juga:

Siapa Kata Bekas Pesakit COVID-19 Kebal Jangkitan Kedua?

Ah, Sudah! Bayi Dalam Kandungan Pun Boleh Dijangkiti COVID 19 Jika..

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: India.com, Hmetro, Bharian

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna