Gayakan Kain Kurung Dengan Bentuk Yang Lain

Makin lama dunia fesyen semakin menjadi tumpuan ramai. Selari dengan perkembangan teknologi dan media. Lebih-lebih lagi fesyen busana muslim yang kian pesat berkembang sehinggakan ia menjadi perniagaan utama.

Ini kerana fesyen busana muslim dilihat mampu mengaut keuntungan yang sangat tinggi di pasaran. Lihat sahajalah ikon fesyen yang dikenali seluruh negara seperti Neelofa.

Sumber: instagram neelofa

Untuk pengetahuan anda, dalam pegayaan kain kurung sudah pun dipelbagaikan. Cuma kita saja yang tahu atau tidak menggayakannya. Nak berfesyen ni, kena kreatif dan berani ambil risiko!

Nak tahu bagaimana kain kurung dipelbagaikan? Mari kita lihat turorial di bawah. Mudah saja cara penggayaannya!

Kain Pario

Fesyen kain pario adalah salah satu dari fesyen kain yang cantik jika digayakan serta ia sangat mudah untuk dipakai.

Apa pun, pastikan kain anda masih belum lagi di jahit, berukuran 2 meter atau selebar muat untuk melilit seluruh pinggang anda. Cara penggayaannya adalah…

  1. Pegang kedua-kedua hujung kain dan letak di bahagian tepi pinggang. Pastikan sebelah pendek, sebelah panjang.
  2. Ambil bahagian pendek, silanngkan ke tepi bahagian dalam.
  3. Sebelah yang panjang, pegang dari hujung kain dan tarik kebelakang sehingga ke bahagian depan perut.
  4. Gulungkannya untuk jadikan bentuk flowy di bahagian depan.
  5. Kemudian, lilitkan gulungan tadi ke seluruh pinggang sehingga dapat diikat dengan hujung kain yang letak di bahagian belakang pinggang.
  6. Kemaskan dan siap!

 

Kain Klasik

Kain klasik ini sama saja seperti kain pario tapi cara ikat dan flowy dia nampak lebih menonjol lagi berbanding pario. Mari Donna ajarkan!

  1. Pegang kedua-kedua hujung kain dan sama ratakan kedua-dua blah hujung kain.
  2. Tarik ke belakang sehingga mejadi bentuk flowy di bahagian bawah.
  3. Ikat simpul seperti biasa.
  4. Lebihan kan yang berurai, bawakan ke belakang dan ikat mengikut keselesaan anda.

Kain Klasik Kepala Bulat

Cara pakai design kain ini sama saja seperti kain klasik tapi, beza dia kain ini mempunyai bentuk bulat di bahagian depan. Mesti anda tertanya-tanya bagiamanakah cara untuk membentuk bulat tersebut? Mudah saja!

  1. Pegang kedua-kedua hujung kain dan sama ratakan kedua-dua blah hujung kain.
  2. Tarik ke belakang sehingga mejadi bentuk flowy di bahagian bawah.
  3. Ambil semula kedua bahagian dan silangkan untuk ketatkan kain.
  4. Pusing-pusingkan ia sehingga menjadi bulatan yang kemas.
  5. Kemaskan bahagian flowy di bawah dan siap!

Mudah saja kan cara mengikat kain kurung cara moden. Wanita di luar sana pasti merasa yakin apabila penampilan lain dari yang lain.

Untuk pengetahuan anda semua, pakaian kain ini sangat sesuai dikenakan pada majlis formal atau keluar santai bersama rakan anda.

Sumber: lily petuna

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna