Gawat! Pasir Gudang Sekali Lagi Terkesan Dengan Pencemaran Udara, Kali Ini Gas Kimia Pula

Mac lalu seluruh rakyat Malaysia digemparkan dengan berita Sungai Kim Kim tercemar dengan toksik sehingga lebih kurang  6,000 penduduk yang terhidu gas metana mengalami gejala sesak nafas dan muntah. Hal ini disebabkan individu yang tidak bertanggungjawab membuang lapan sebatian kimia berbahaya di sungai tersebut.

Kini, Pasir Gudang lagi sekali dikhabarkan dilanda pencemaran udara tapi disebabkan kilang kimia yang mengeluarkan gas yang dikatakan bocor. Kesan daripada gas kimia yang terbebas tanpa kawalan mengakibatkan pelajar yang bersekolah di kawasan Pasir Gudang muntah-muntah dan sesak nafas.

Sumber: portalberita

Berikutan itu, Anggota Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mahu kerajaan segera mengarahkan kilang-kilang kimia menghentikan operasi buat sementara waktu untuk memastikan kualiti udara terjamin. Beliau juga turut menggesa supaya sekolah-sekolah terjejas ditutup sehingga keadaan kembali normal dan selamat.

Antara sekolah yang ditutup

  1. SK Bukit Dahlia
  2. SK Taman Cahaya Masai
  3. SK Felda Cahaya Baru
  4. SK Kongkong Laut
  5. SK Taman Scientex
  6. SK Taman Kota Masai 3
  7. SK Taman Cendana
  8. SK Kopok
  9. SK Taman Nusa Damai
  10. SMK Taman Nusa Damai
  11. SMK Pasir Gudang
  12. SMK Taman Scientex
  13. SJKT Pasir Gudang

Sumber: malaymail

Sebenarnya, pencemaran udara sudah mencecah tahap berbahaya, serentak dengan keadaan dunia yang semakin sesak dan panas. Dalam satu kenyataan di akhbar Phillipine Star, WHO berkata sembilan daripada setiap 10 penduduk bernafas menggunakan udara tercemar yang juga pembunuh kepada tujuh juta manusia setiap tahun.

Cara menyelamatkan udara tercemar…

Untuk membaik pulih semula udara yang tercemar, kita sendiri boleh bertindak dengan cara…

  1. Menanam tanaman hijau di kawasan tercemar lebih banyak bagi mengurangkan peningkatan suhu. Tak kira pokok buah, sayur, bunga atau apa pun. Asalkan tanaman.
  2. Elakkan pembakaran terbuk, lebih-lebih lagi jika membakar bahan plastik, kertas atau tin aluminium. Sebaiknya, menjual semula barang-barang tersebut untuk diproses semula.
  3. Didik anak untuk mengitar semula bahan plastik, kaca dan surat. Ya, nampak usaha ini kecil tapi akan memberi impak yang besar pada masa akan datang.

Kemungkinan besar kes pencemaran udara gas kimia ini lebih teruk berbanding kes gas metana yang lalu. Pihak yang berkenaan, semoga ambil tindakan tegas dengan segara untuk menyelamatkan si kecil dan penduduk lain. Semoga mereka yang terkesan diberi kesembuhan dengan kadar segera.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: AstroAwani

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna