Gas Metana! Kesan Pada Badan Jika Hidu 8 Bahan Kimia di Pasir Gudang

#PrayForPasirGudang adalah hastag yang digunakan oleh rakyat Malaysia apabila kawasan Pasir Gudang di Johor Bahru mengalami pencemaran udara akibat sungai Kim Kim terjejas dengan bahan kimia. Ia disebabkan pembuangan dari lapan sebatian kimia berbahaya telah disahkan dibuang secara haram. Antaranya ialah metana, hidrogen klorida, acrylonitrile, acrolein, benzene, toulene, xylene and limonene.

Susulan dari kejadian yang berlaku sejak Khamis lalu, Polis dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah pun berjaya menahan tiga lelaki berusia 50-an dalam operasi khas. Salah seorangnya pemilik kilang memproses barang lusuh di Taman Pasir Putih dan kilang mereka dilaporkan di sita pada Isnin lepas.

Sumber: BH

Ramai terkesan dengan kes ini dan berita yang dikeluarkan oleh media, dilihat agak mengerikan. Kesan dari pencemaran gas metana ni telah menyebabkan seramai 1,400 pelajar sakit sehingga ada yang dimasukkan ke dalam wad ICU.

Sumber: BH

Apa itu Gas Metana?

Gas Metana ialah hidrokarbon yang paling ringkas dalam bentuk gas dan merupakan gas paling kuat daripada kelompok gas rumah hijau kerana formula kimianya CH4. Gas ini juga mudah terbakar, tidak bertoksin dan tidak menghakis. Cara gas ini tersebar adalah disebabkan air, angin dan juga serapan tanah.

Apa kesan gas metana terhadap manusia?

Kesannya pula jika anda menghidu gas ini semestinya akan mengalami masalah kesihatan seperti badan kekurangan oksigen (asphixia) yang menyebabkan nafas menjadi laju, denyutan nadi meningkat, kordinasi otot menurun, mual, muntah, pengsan dan kematian! Bahaya bukan?

Apakah langkah-langkah berjaga?

Oleh itu, Donna ingin memberi kesedaran awal kepada pembaca-pembaca Donna jika kawasan anda terjejas dengan gas metana. Antara langkah berjaga-jaga adalah…

  1. Pakai ‘face mask’ sepanjang berlaku pencemaran udara atau air dengan gas metana.
  2.  Jangan membuang sebarang sampah atau barang pelupusan ke dalam sungai sesuka hati.
  3. Elak berada dalam radius 50 meter dari kawasan tumpahan sekurang-kurangnya dua hari, atau
  4. Sebolehnya, keluar dari kawasan yang terjejas dengan gas metana sementara menunggu keadaan pulih
  5. Bila sesak dada, lemah badan, pening kepala, terasa mual, muntah selepas terbau sesuatu yang tidak diingini. Terus berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan.

Harapnya kes ini dapat membuka mata orang ramai supaya menjaga alam sekitar dengan lebih prihatin. Donna doakan semua pelajar  yang terkesan dengan gas metana ini cepat sembuh dan semoga keadaan pencemaran di sana pulih dengan kadar segera.

 

 

 

 

Sumber: BH , PT Wana Berhad

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna