Gara-Gara Tidak Vaksin, 136 Kanak-Kanak Di Filipina Maut

Beberapa hari lalu, kita semua digemparkan dengan isu hangat perdebatan topik ‘Vaksin : Pelindungan atau Kemudaratan’ menerusi sebuah rancangan Analisis dengan menjemput dua orang panel iaitu Dr Huda (doktor freelance) dan Pakar Kanak-Kanak Negara, Dato’ Dr Musa.

Baca ini: Debat Vaksin, Siapa Sebenarnya Dato’ Dr Musa Yang Hebat Berhujah?

Topik vaksin kian dihangatkan dengan berita terbaru berlaku di Filipina baru-baru ini. Pihak berkuasa kesihatan di sana mengesahkan lebih daripada 130 orang, kebanyakannya kanak-kanak maut akibat jangkitan demam campak manakala 8,400 lagi jatuh sakit susulan wabak itu yang sebahagian besarnya berpunca akibat ketakutan kepada vaksin.

Jangkitan terbabit melonjak melebihi 1,000 peratus di Manila, ibu negara dengan kepadatan penduduk melebihi 12 juta pada Januari lalu, berbanding tahun sebelumnya. Sumber kerajaan berkata, sebahagian daripada 136 pesakit yang maut akibat demam campak itu terdiri daripada kanak-kanak dan sejumlah besar mereka tidak mengambil suntikan vaksin..

Kata pegawai kesihatan Filipina lagi, kanak-kanak yang meninggal akibat campak di antara lingkungan berumur satu hingga empat tahun.

Setiausaha Kesihatan, Francisco Duque III Isnin lalu berkata, kempen imunisasi besar-besaran yang bermula minggu lalu di Manila dan empat wilayah lain dijangka mampu membendung penyebaran wabak berkenaan menjelang April nanti.

Tambahnya lagi, tidak ada masalah dan tiada syarat. “Anda hanya perlu membawa anak-anak anda dan percaya bahawa vaksin dapat menyelamatkan anak-anak anda. Ini adalah jawapan mutlak untuk wabak ini,” kata Duque kepada ibu bapa.

Bukan itu saja, melalui mesej televisyen pada hari Jumaat, Presiden Rodrigo Duterte memberi amaran tentang komplikasi yang membawa maut jika tidak divaksin  dan mendesak agar kanak-kanak diberi imunisasi.

Sudah terang lagikan bersuluh. Kita sendiri boleh lihat di mana betapa pentingnya vaksin pada kanak-kanak. Tidak kasihankah pada si manja jika jatuh sakit akibat ego kita yang tidak ingin menerima bagusnya vaksin?

 

 

 

 

 

Sumber: aljazeera 

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna