Gara-Gara Skrin Telefon Terlampau Cerah Wanita Ini Menderita Teruk!

Dalam sehari berapa lama anda habiskan masa dengan memegang telefon bimbit? Kadang-kadang bila tak check whatsapp, instagram dan facebook mesti rasa tak senang duduk. Biasalah zaman serba moden ni semuanya di hujung jari anda, siang malam kalau boleh nak pegang je telefon tu. Tapi cuba periksa skrin telefon anda dulu, ada tak yang tetapkan sampai tahap maksimum? Haa sebenarnya ramai yang sudah menderita ketidakselesaan fizikal akibat selalu melihat telefon skrin terlalu lama dan terang.

Menderita Mata Rosak

Seorang wanita dari Taiwan iaitu Chen tidak pernah lekang dengan telefon bimbitnya dan dia mengakui bahawa sering menetapkan kecerahan skrin sehingga tahap maksimum. Tanpa disedari perbuatan tersebut telah dilakukan selama dua tahun sehingga pada bulan Mac lalu, Chen mendapati kesihatan matanya mula menurun. Keadaan bertambah teruk apabila dia mengaku sering menggunakan telefon bimbit dalam keadaan gelap pada waktu malam.

Image result for phone brightness

Sumber: pcworld

Wanita tersebut mula menderita selepas kerap merasai kesakitan di mata sehingga bengkak, dan akhirnya Chen mengambil keputusan untuk berjumpa dengan doktor pakar. Dr Hong yang merawat Chen menyatakan bahawa saluran kecil pada mata belah kiri telah pecah dan apa yang lebih teruk doktor menemui 500 lubang kecil dalam bahagian matanya.

Image result for mata sakit

Sumber: doktor sehat

Guna Telefon Tanpa Henti

Bahaya! Jangan anggap perkara seperti ini remeh kerana kecerahan skrin telefon mampu membuatkan anda mengalami penyakit mata kering. Tabiat penggunaan telefon selama dua jam tanpa henti akan mengakibatkan mata sakit dan kering. Ini kerana pantulan lampu biru dari skrin akan menyebabkan mata anda berasa letih akibat pelepasan daripada melatonin.

Tetapkan Night Mode

Jadi pada anda yang sering menggunakan telefon bimbit tidak kira atas dasar kerja atau mengisi masa lapang, pastikan kecerahan skrin telefon dikurangkan dan lakukan night mode pada waktu malam. Mencegah lebih baik daripada merawat, lepas ni hati-hati ya!

 

 

 

Sumber: theasianparent

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna