Gara-Gara Rambutan, Bergaduh Sesama Jiran!

Kalau nak buka cerita tentang isu jiran memang sampai 3 kali subuh belum tentu boleh habis. Lainlah kalau chuols duduk rumah yang tak ada jiran, memang tak ada masalah.

Cuma, kalau dah duduk berjiran ni biasalah, mesti ada ragam mereka yang kita tak boleh nak terima tapi kalau dapat jiran jenis tahu tolak ansur tak apa. Kalau dapat jiran bermasalah? Boleh jadi perang saraf!

via GIPHY

Jiran sekampung bergaduh!

Antara isu yang sering tercetus pergaduhan adalah kucing jiran berak merata la, air sampah jiran mengalir depan rumah la, jiran bertukang malam-malam buta la, jiran buat bising masa anak tengah tidur la alahai!

Belum lagi kalau dapat sejenis jiran yang suka tak boleh bawa bincang. Fuh! Lagilah. Tengoklah rakaman video yang tular di media sosial ni, sampai bercekak pinggang brother ni, apa yang serious sangat ni bang?

Gaduh pasal apa ni?

Jom kita lihat rakaman yang sempat dirakam beberapa minit oleh seorang wanita yang terlibat dalam pegaduhan ini. Apa jiran dia dah buat ni?

Pasal pokok rambutan rupanya…

Posted by DLoyeng BC TV on Friday, July 24, 2020

Rupanya bergaduh tentang buah rambutan je, alahai! Kalau ye pun jiran tu ambil rambutan tanpa minta izin bawalah berbincang elok-elok. Bukankah pokok yang berbuah datangnya dari rezeki Allah?

Tak salah nak berkongsi dengan orang lain dan sekalipun nak ambil hasil pokok jiran, sebaiknya minta izin kerana bila kita ambil hak orang lain tanpa meminta izin, hukumnya mencuri.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Pukul Pavithra, Sugu Direman 3 Hari

Pembayaran Jumaat Ini, Ini Cara Semak Status Untuk BSH Fasa Ke-3

 

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna