Gara-Gara Buat ‘Open House’ Raya Ketiga, PDRM & TV3 Datang Buat Serbuan!

Kunjung-mengunjung, berjumpa sanak-saudara, bermaaf-maafan, berkumpul, menziarah orang tua di kampung, mengadakan rumah terbuka dan berpakaian serba cantik adalah rutin setiap kali tiba Hari Raya Aidilfitri.

Malah, bukan saja sehari dua tapi berlanjutan sehingga sebulan! Memang raya sakanlah orang kata. Malangnya, tidak pada tahun ini apabila kerajaan mengeluarkan arahan supaya semua rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk merentas negeri mahupun mengadakan perkumpulan lebih dari 20 orang.

Kalau boleh, elakkan aktiviti kunjung-mengunjung semasa perayaan

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu, beliau bimbang mereka yang tidak bergejala boleh menjangkiti ahli keluarga, terutamanya warga emas ketika pulang ke kampung pada Hari Raya Aidilfitri.Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya elak daripada kunjung mengunjung pada Hari Raya, jika ia boleh dielakkan.#NormalBaharu #DisiplinMalaysia mampu #HapusCOVID19

Posted by Astro AWANI on Thursday, May 14, 2020

Ada ke orang malaysia faham bahasa?

Persoalannya, boleh ke rakyat Malaysia mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan? Kalau nak tahu, lihatlah apa yang terjadi di Selayang, ada yang ‘panas punggung’ bila ikut arahan, haih! Susahlah macam ni.

Kejadian ini ditularkan oleh seorang pengguna facebook. Menurutnya pada hari raya ketiga, di kawasan perumahan Selayang, Taman Mutiara diserbu oleh pihak wartawan TV3 dan PDRM kerana mengadakan rumah terbuka yang melibatkan lebih dari 20 orang tetamu. Fuh! Berani betul langgar undang-undang ye pakcik.

Posted by ‎شهارودين سرلن‎ on Monday, May 25, 2020

Posted by ‎شهارودين سرلن‎ on Monday, May 25, 2020

Posted by ‎شهارودين سرلن‎ on Monday, May 25, 2020

Peringatan dari pihak KKM…

Mungkin kejadian di Selayang bukan kes yang pertama. Kami yakin ada banyak lagi kes seperti di Selayang berlaku cuma tidak ditularkan di media sosial. Kalau tak, takkanlah pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyindir cara halus di Twitter.

Tolonglah beri kerjasama agar pandemik ini dapat kita hapuskan. Tidak rugi korbankan raya tahun ni, asalkan nyawa kita dan tersayang selamat. So, saja nak ingatkan, tiada lagi rumah terbuka atau aktiviti beraya dibenarkan ya. Mungkin ada yang terlupa…

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Jom Layan Drama Menarik Sempena Ramadan Di TV3!

Lelaki Cina & Rider Perempuan Foodpanda Diterajang Tarik Balik Laporan Polis

 

 

Dapatkan promosi menarik dengan klik link ini.

 

 

Sumber: twitterfacebook

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna