Gara-Gara Berebut Masuk Tol, 2 Biji Kereta Remuk Terbalik!

Rabu lalu baru saja Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) meramalkan akan berlaku peningkatan jumlah kemalangan jalan raya apabila aktiviti merentas negeri dibenarkan secara menyeluruh tanpa sekatan susulan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula.

Tidak sampai 24 jam, tular sebuah video yang membabitkan pelanggaran 2 bji kereta. Sebiji kereta Honda putih terbalik di lorong tol dan turut kelihatan mangsa berbaju merah jambu tersandar lemah di luar pintu kereta. Sebuah  kereta Pesona bewarna coklat remuk di bahagian depan.

Keadaan kemalangan…

Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama samaran Epul Adam ada rakaman video kejadian. Lihatlah betapa teruknya keadaan kemalangan yang berlaku di pondok Plaza Tol Setia Alam pagi semalam.

Setia Alam kat tol plaza. Hati2

Posted by Epul Adam on Thursday, June 11, 2020

kemalangan di Plaza tol Setia Alam awal pagi tadi

Posted by Astro Radio Traffic on Wednesday, June 10, 2020

Punca kemalangan…

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat, kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi di mana sebuah Proton Persona dan sebuah Honda HRV hendak memasuki Plaza Tol Setia Alam.

“Dipercayai Honda HRV dari sebelah kanan mengubah haluan untuk masuk ke lorong smart tag Plaza tol lalu dilanggar oleh Proton Persona yang datang dari arah belakang untuk bergerak terus ke lorong sama. Kesan dari pelanggaran tersebut, kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan teruk,” jelasnya.

Inilah akibat tukar lorong secara tiba-tiba dalam keadaan kereta laju bila di kawasan plaza tol. Bawa kereta bertenang dan berhati-hati, lambat laun sampai juga ke destinasi. Kalau nak cepat, bertolak lebih awal.

Semoga kemalangan ini menjadi iktibar buat semua pemandu.

 

 

Dapatkan promosi menarik dengan klik link ini.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Peguam Ini Senaraikan Tuntutan Sivil Yang Boleh Isteri Mangsa Pemandu Mabuk Buat

Kenderaan Lama Ditukar! Kini Kereta Polis Berwajah Baru

 

 

 

 

Sumber: facebook

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna