Gandakan Pahala Di Hari Raya Korban Dengan Amalan Sunat Ini

Kadang-kadang perasan tak bila hari raya puasa mesti anda tak sabar nak beli baju baru, hias rumah tapi bila hari raya korban langsung tiada persiapan. Mungkin sebenarnya ramai yang tidak tahu tentang keistimewaan hari raya korban dan  apa makna sebenar disebalik hari raya korban. Mesti ada yang ingat-ingat lupa kan?

Maksud sebenar korban dari segi bahasa adalah dekat manakala dari segi istilah membawa maksud menjalankan perintah agama atau atau taat kepada Allah semata-mata untuk mendekatinya. Haa jadi sebab itu kalau anda lihat di kaca televisyen ramai umat islam yang  mengambil peluang untuk menunaikan haji di tanah suci Mekah kerana ia banyak memberi makna kepada diri seseorang.

Bila tiba 10 hari bulan Zulhijjah iaitu hari raya korban, sebaiknya anda mempergandakan dengan amalan-amalan sunat untuk menjadikan diri anda sebagai hamba Allah yang taat kerana ia merupakan hari yang paling afdal dan diberikan kehormatan pada siang hari. Nak tahu apa amalan sunat yang anda boleh amalkan jom lihat di bawah!

Related image

Sumber: alkhirot

Mandi Sunat Hari Raya Aidiladha

نَوَيْتُ الْغُسْلَ مِنْ يَوْمِ عِيدِ اْلاَضْحَى سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
Daku berniat mandi sunat Aidiladha kerana Allah Ta’ala

Tabkir

Hiasi hari raya korban anda dengan takbir, tasbih, tahlil,tahmid dan beristighfar dan baca al-quran dan faham makna ayat al-quran yang dibaca.

Seperti Rasulullah SAW menyarankan umat Islam menyambut hari raya dengan banyak memuji kebesaran Allah. Nabi Muhammad bersabda: “Hiasilah hari raya (Aildilfitri dan Aldiladha) kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (mengingati dan mengagungkan Allah).”  (Hadis riwayat al-Thabrani).

Image result for doa

Taubat & Berdoa

Dalam keseronokan menikmati dunia yang Allah berikan, apa kata pada hari raya korban ini anda ambil kesempatan untuk berdoa memohon keampunan dan merayu agar Dia tidak menguji anda dengan sesuatu yang anda tidak mampu pikul.

لآ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِيْنَ
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.

Haa banyak sebenarnya hikmah dan keistimewaan hari raya korban ni. Apa pun jadi hamba Allah yang mampu meninggalkan perkara yang datangkan kemurkaan seperti maksiat, kesombongan bermasam muka dan sebagainya. Selamat Hari Raya Aidiladha!

 

 

 

Sumber: kalbu

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna