“Gambar Ni ‘Win’ Teruk!” – Alif Satar Perli Alif Aziz Isu Curang Kali Ke-4?

Semalam, seluruh media sosial kecoh dengan sekeping gambar pelakon berdarah Singapura, Aliff Aziz berswafoto dalam keadaan tidak sopan bersama seorang gadis TikTok yang dikatakan baru saja berusia 17 tahun. Tidak cukup dengan itu, video live Instagram Aliff bersama gadis tersebut turut tersebar.

Kronologi isu curang Alif Aziz…

Alif Satar tekup muka!

Tapi, bukan isu curang Alif kali ke-4 ini yang menjadi perhatian Donna tapi, gambar yang dimuat naik oleh penyanyi yang mempunyai nama yang sama dengan pelantun lagu Sayang Sayang iaitu Alif Satar.

Gambar tersebut menunjukkan Alif sedang menekup hampir separuh mukanya tanda pening dengan gosip yang baru dan isu yang sama timbul lagi. Tapi takkan lah netizen masih tak dapat bezakan mana satu Alif yang buat hal?

View this post on Instagram

🤦🏽‍♂️

A post shared by Alif Satar™️ (@alifsatar) on

Gambar ni win la!

Baru saja 6 jam, posting tersebut dibanjiri lebih 6 ribu komen dari netizen. Rata-rata mereka seakan memahami apa yang ingin disampaikan oleh pelakon drama bersiri Red Velvet ini melalui gambar yang tidak berkapsyen itu.

Stress dengan Aliff lagi satu!

Aku tak faham…

Malangnya, ada sesetengah netizen tidak faham kenapa Alif pose macam tu dan lihatlah apa yang Alif membalas komen tersebut. Kelakar

Semoga rumahtangga Alif Satar kekal bahagia dan Bella Astillah tabah hadapi dugaan pada bulan Ramadan ini.

 

 

 

 

Sumber: instagram Alif Satar

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna