Galas Semua Tanggungjawab, Punca Isteri Hilang Hormat Pada Suami

Perkahwinan bukan didirikan atas dasar cinta dan sayang semata. Banyak perihal lain yang harus dipandang. Umpama sebuah kapal sedang berlayar di tengah lautan. Suaminya nakhoda dan peranan nakhoda perlu memastikan keselamatan anak kapal yang lain selamat ketika menuju je destinasi sepatutnya yang dituju.

Begitulah rumah tangga, jika ketua keluarga gagal membimbing isteri dan anak, pasti semua perancangan pada awalnya berjanji setia untuk mengecap kebahagiaan akan musnah di tengah jalan.

via GIPHY

Salah galas tanggungjawab….

Namun, bukan suami je yang berperanan dalam mengemudi rumah tangga, isteri juga memain peranan tapi kalau disalah gunakan, akan beri kesan buruk pada sesebuah hubungan. Misalnya isteri rasa tak hormat pada suami.

Bagaimana boleh jadi begini? Mari kita lihat punca-punca yang boleh dikaitkan kepada masalah ini….

  1. Isteri mencari duit untuk keperluan keluarga seperti makanan, pakaian dan kebajikan.
  2. Pengurusan kerja rumah seratus-peratus di bawah tanggungjawab isteri.
  3. Tiada kerjasama antara suami dan isteri.
  4. Keperluan anak-anak isteri sediakan.
  5. Isteri mendidik anak-anak.

via GIPHY

 Berbalik pada tanggungjawab sebenar…

Pendek kata, semua perihal keluarga diuruskan oleh isteri. Lebih-lebih lagi isteri yang bekerjaya dan mempunyai kewangan yang cukup untuk menampung keluarga. Jadi, apabila isteri yang take over segalanya, apa fungsi seorang suami?

Mungkin sesetengah daripada mereka merasakan perkara ini tiada masalah. Yelah, suami kononnya dikatakan tidak mampu menampung keluarga tapi cuba fikir semula, adakah usaha mendirikan rumah tangga harmoni datang dari sebelah pihak saja?

Kita perempuan, kadang-kala perlu bersikap penting diri dengan suami walaupun sayang suami sedalam lautan. Bukan nak mengajar perkara yang tidak elok tapi kalau hampir kesemua tanggungjawab suami kita laksanakan, itu dah cerita lain tu.

Pokoknya, berbincanglah dengan baik terlebih dahulu. Mungkin si suami tidak sedar apa yang dilakukannya adalah salah dan boleh mendorong kepada kemusnahan rumah tangga anda berdua.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Hati-Hati Dengan 5 Hadis Palsu Tentang Ramadan

Ustaz Kazim Elias Kongsi 4 Punca Perkahwinan Tak Bahagia

 

 

 

 

 

 

Sumber: facebook

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna