“Gaji Pun RM1,000 Je!” – Founder Produk Kutuk Pengawal Keselamatan

Baru-baru ini tular di media sosial sebuah video yang menunjukkan seorang wanita yang lebih mesra dengan panggilan Ceknon berpakaian seksi sedang mengamuk di IKEA. Fuh! Suara dia menjerit bukan main kuat lagi.

Nasib baik dua orang lelaki pengawal keselamatan tersebut tidak bertindak agresif bila wanita tersebut bersikap ‘tantrum’. Situasi tegang tersebut tercetus apabila dia dan adiknya tidak dibenarkan masuk kerana tidak memakai penutup mulut. Hm, apalah yang susah sangat nak ikut garis panduan yang ditetapkan.

org lain tak pakai mask kau bgi masok,aku yg tak pakai msk kau suruh keluar crik mask baru boleh masok,Hello pakguard yg…

Posted by Nor Shahadah Aisyah on Thursday, July 16, 2020

“Gaji pun basic!”

Rentetan daripada kejadian tersebut, dirinya seperti tak berpuas hati. Dengan sisa perasaan geram, Ceknon atau nama sebenar Nor Shahadah Aisyah memuat naik sebuah posting yang berbaur menghina pendapatan pengawal keselamatan.

Penulisannya berbunyi, siapalah pak guard, gaji pun seribu je nak dibandingkan dengan ceknon yang dapat berpuluh ribu ringgit sehari.

“Kesian bini pak guard”

Tak  cukup dengan itu dia menyentuh tentang penampilan isteri pengawal keselamatan. Katanya dia bersimpati pada wanita yang mempunyai suami bekerja sebagai pengawal keselamatan kerana tidak mampu mencantikkan diri mereka.

“Patutlah hitam gemok rupanya laki kau gaji ciput!” tulisnya.

Berani mati betul Ceknon ni ye, dia tak tahu ke kuasa kecam rakyat marhaen Malaysia ni boleh buat mental!

Pada wanita di luar sana yang mempunyai suami bekerja sebagai pengawal keselamatan, jangan tersinggung kerana pendapatan yang dicari asalkan dari sumber yang halal. Biarlah serba mencukupi.

Paling penting jaga pertuturan dan maruah diri, okay? Jadilah, wanita yang memberi inspirasi kepada wanita lain.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Gaji Lumayan! 166 Gelandangan Sudah Dapat Kerja

Takut Petai Cepat Busuk? Apa Susah, Kita Awet Sendiri Je Lah!

 

 

 

 

 

 

Sumber: facebook

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna