Gaji Pengasuh Anak Kareena Kapoor Hampir Sama PM India

Pengasuh ini juga akan dibawa melancong ke luar negara bersama Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor samada untuk tujuan bercuti atau menjalani pengambaran.”

Pasangan selebriti bollywood terkenal Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor memang terkenal dengan kehidupan diri yang penuh dengan kemewahan. Kehadiran cahaya mata, Taimur Ali Khan Pataudi membuatkan mereka tidak lokek untuk berbelanja lebih demi anak kesayangan.  Memandangkan mereka berdua sibuk dengan waktu bekerja yang padat, pasangan ini sepakat untuk mengambil pembantu khas mengurus anak kesayangannya dengan sempurna. Paling penting mereka tetap akan sentiasa mengawasi proses perkembangan Taimur di hadapan mata.

Sumber Foto: timesofindia.com

Kalau anda perasan kebanyakkan foto comel Taimur yang diambil jurugambar jika tidak bersama kedua ibu bapanya pasti Taimur bersama wanita yang agak berumur memegangnya. Jangan salah anggap, wanita tersebut bukan ibu kepada Saif Ali Khan atau Kareena Kapoor tetapi pengasuh Taimur dari kecil.

Sumber Foto: timesofindia.com

Wanita tersebut sering bertocang kemas, memakai kaca mata dan sering mengenakan pakaian berwarna putih bersih. Dia juga dilihat begitu mesra dan Taimur juga sangat selesa apabila bersama pengasuhnya itu. Seperti populariti Taimur, pengasuhnya juga tidak kurang terkena tempias dikenali ramai. Bahkan, pengasuh Taimur turut memiliki pengikut tersendiri di Fan Page yang wujud di laman sosial.

Sumber Foto: timesofindia.com

Bukan itu sahaja yang menyebabkan ramai iri hati dengan kerjayanya yang boleh berdampingi dengan ramai selebriti terkenal malah, menurut portal India Today pendapat yang diterima pengasuh Taimur ini bukan biasa-biasa. Mereka mendakwa, menurut sumber yang boleh dipercayai pendapatan atau gaji sebulan pengasuh Taimur sekitar Rs 1.5 lakh atau bersamaan nilai RM8,597 sebulan! Namun ia boleh meninggkat sehingga Rs 1.75 lakh atau RM10,2500 sebulan jika perlu berkerja lebih masa. Dikatakan jumlah pendapatan bulanan tersebut hampir sama dengan gaji Perdana Menteri India.

Sumber Foto: timesofindia.com

Mengikut kiraan wang yang diterima setiap bulan, kerjaya ini bukan calang-calang dan mudah bagi seorang pengasuh. Lebih menguntungkan, pengasuh Taimur turut diberi kenderaan sebagai kemudahan membawa Taimur bersiar-siar sekitar bandar Bandra. Dia juga akan dibawa melancong ke luar negara bersama pasangan ini samada untuk tujuan bercuti atau menjalani pengambaran.

 Sumber Foto: timesofindia.com

Sebagai anak kepada pasangan selebriti kelas atasan, penjagaan Taimur perlu sentiasa cekap dan pemantauan lebih ketat perlu dilakukan. Sedikit kesilapan dan kesalahan pasti akan mengundang padah atau kemarahan majikannya. Pengasuh yang diupah oleh  Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor ini bukan sebarangan, kerana dia adalah individu yang datang dari sebuah syarikat yang dikenali sebagai Juhu iaitu agensi berprofil tinggi di India. Malah Tusshar Kapoor and Soha Ali Khan juga menggunakan khidmat pengasuh dari agensi yang sama yang membekalkan pengasuh kepada golongan selebriti terkenal.

 

Sumber: indiatoday

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna