Gajet Tak Salah! Cuma Penggunaanya Perlu Dihadkan

Ramai ibu bapa memilih untuk memperkenalkan gajet kepada anak mereka seawal usia beberapa bulan.”

Mereka memberi alasan gajet dapat ‘menjaga’ si kecil semasa mereka sedang sibuk membuat kerja. Ada pula yang memberikan gajet dengan harapan, ia mampu membantu mengembangkan otak anak mereka dengan aplikasi dan game khas untuk bayi. Baru-baru ini tular kisah mengenai seorang kanak-kanak yang mengalami masalah kesihatan disebabkan terlampau terdedah dengan peralatan gajet yang diberikan oleh ibu bapanya. Rasa bersalah tidak susah ibu bapanya kerana si kecil perlu berdepan dengan beberapa sesi rawatan yang khusus agar dapat membantu anaknya kembali pulih seperti asal.

Gajet tidak bersalah sebenarnya, ia adalah teknologi yang boleh membantu manusia. Tetapi penggunaannya tanpa pengawasan boleh memberi keburukan terutamanya kepada bayi dan kanak-kanak. Perkembangan yang tidak aktif dan abnormal akibat bermain gajet terlalu kerap boleh merosakkan saraf otak dan menrencatkan kebolehan anak bergerak secara normal. Menurut seorang pakar pskiatri kanak-kanak, anak kecil boleh menggunakan gajet tetapi tidak boleh lebih daripada 10 minit dan jangan tinggalkan mereka bersama gajet bersendirian. Banyakkan berinteraksi dengan mereka adalah lebih baik! Antara sebab gajet memberi kesan negatif adalah:

Sumber Foto: blog.proto.io

 

  • Penggunaan Gajet Tanpa Pengawasan Mengganggu Proses Perkembangan Bahasa

Ramai pakar psikologi menasihatkan agar ibu bapa banyak berbual dengan anak kecil mereka sekerap yang boleh tentang apa sahaja. Membaca buku untuk anak sebelum tidur adalah aktiviti yang sangat disarankan kerana mereka dapat mempelajari perkataan baru dengan lebih cepat dengan sebutan yang tepat. Jika hanya bergantung kepada gajet, percayalah perkembangan Bahasa anak anda akan sedikit lambat. Mungkin kerana dipengaruhi oleh Bahasa daripada watak kartun kegemaran atau kecelaruan Bahasa sekeliling yang pelbagai.

 

  • Penggunaan Gajet Tanpa Pengawasan Menyebabkan Perkembangan Otak Pasif

Sumber Foto: blog.proto.io

Apabila kanak-kanak bermain gajet, mata mereka tidak aktif bergerak dan hanya tertumpu pada satu tempat. Fokus mata mereka juga hanya tertumpu untuk benda yang dekat. Ini akan menyebabkan pandangan mereka tidak luas. Akibatnya perkembangan otak juga tidak aktif. Deria penglihatan si kecil terutamanya yang berusia bawah 2 tahun harus dirangsang dengan cara merangsang urat saraf mata ke otak untuk perkembangan otak yang berkesan. Anda boleh membawa anak-anak dengan bersiar-siar melihat atau melatih fokus mata melihat benda jauh dan dekat.

 

  • Penggunaan Gajet Tanpa Pengawasan Membantutkan Perkembangan

Gajet atau sebarang skrin yang memaparkan rancangan, aplikasi atau permainan pendidikan khas untuk bayi langsung tidak memberi sebarang kesan kepada perkembangan otak bagi anak kecil di bawah umur 2 tahun. Persatuan Pediatrik Amerika juga mengeluarkan peraturan; menonton TV harus diterhadkan untuk bayi di bawah umur 2 tahun. Bukan sahaja ia tidak membantu dalam perkembangan otak, malah beberapa keburukan juga berpotensi untuk terjadi.

 

  • Penggunaan Gajet Tanpa Pengawasan Mengehadkan Penggunaan Deria Rasa

Sumber Foto: blog.proto.io

Dengan menggunakan gajet, si kecil tidak dapat menggunakan semua deria dengan sepenuhnya. Deria sentuhan juga akan terbatas. Mereka tidak dapat membezakan permukaan yang kasar, licin, lembut atau keras hanya dengan menggunakan skrin gajet. Sebaliknya, anda boleh dedahkan si kecil dengan bermain blok kayu, patung-patung lembut, permainan masakan kerana aktiviti ini lebih  merangsang minda dengan lebih aktif kerana melibatkan semua deria.

 

  • Penggunaan Gajet Tanpa Pengawasan Kurangkan Interaksi Sosial

Kalau anda perasan, anak kecil yang lebih gemar menghabiskan masa dengan gajet mereka akan kurang berinteraksi dengan orang sekeliling. Ini berbeza dengan si kecil yang lebih banyak bermain atau berbual dengan ibu bapa. Melalui proses ini, mereka akan mengenal lebih banyak ekspresi muka, emosi, vokabulari dan ia lebih berinteraktif.

 

  • Penggunaan Gajet Tanpa Pengawasan Menyebabkan Tidak Aktif

Sumber Foto: blog.proto.io

Bermain permainan di gajet tidak memerlukan anak kecil bergerak dan bermain aktif. Ini adalah sesuatu yang tidak patut berlaku kerana ia dapat menganggu tumbesaran anak anda akibat kurangnya penggunaan sensorimotor dan otot-otot terutamanya bahagian sendi jari-jemari, kaki dan lutut. Selain itu, ia juga mungkin boleh mendedahkan anak anda kepada kesan obesiti.

 

Sumber: bidadari.my

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna