Gajah Goreng Kunyit Viral?

Biasanya orang gunakan serbuk kunyit untuk masakan. Tapi siapa sangka selain masakan, ada banyak khasiat lain yang ada pada serbuk kunyit.

“Bukan hanya gajah malah pihak zoo turut menggunakan kunyit sebagai alternatif untuk merawat kulit beberapa haiwan lain,” kata Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly @Rahmat Ahmat Lana ketika diminta mengulas tular gambar seekor gajah yang dimandikan dengan kunyit di Zoo Negara, kelmarin.

Katanya lagi, kaedah melumurkan kulit pada gajah dan haiwan lain sudah lama digunakan cuma tidak dikongsikan kepada umum menerusi hebahan di laman sosial.

Banyak maklum balas diterima selepas gambar berkenaan tular di laman sosial namun orang ramai tidak perlu khuatir kerana proses itu dilakukan mengikut prosedur yang betul di ruang luas dengan bantuan kakitangan terlatih.

Antara komen lucu yang diterima adalah netizen yang mengatakan ia seperti menu masakan ‘gajah goreng kunyit’. Hiks!

“Tiada masalah berlaku sepanjang proses berkenaan kerana ia dilakukan dengan bantuan tiga kakitangan terlatih. Tetapi ia mungkin janggal bagi orang awam kerana tidak pernah melihat kunyit digunakan bagi memandikan haiwan,” katanya.

Menurut Rosly, selain Zoo Negara, kaedah sama juga sudah lama dipraktikkan di India dengan tujuan untuk merawat kulit gajah dan haiwan yang lain.

Bagaimanapun, Rosly berkata, saiz gajah yang besar menyebabkan pihaknya perlu memandikannya berbanding sekadar menjirus saja.

“Selain merawat luka kecil dan gigitan serangga, kunyit juga bertindak sebagai antiseptik dan pemulih kulit yang baik.

“Malah, bukan saja gajah tetapi kita turut menggunakan kaedah sama untuk haiwan lain di Zoo Negara seperti tapir.

“Cuma, kita menetapkan tempoh tertentu sebaliknya rawatan menggunakan kunyit itu dilakukan mengikut keadaan kulit haiwan berkenaan,” katanya.

Baca artikel penuh di Hmetro.

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna