Gagal Samun Wanita, Akhirnya Dibelasah 8 Orang Awam

Setiap hari ada saja kes samun, rompak atau curi tak kira la dalam bentuk wang atau harta benda. Belum lagi kes-kes yang lain seperti kemalangan, rogol, culik dan lain-lain. Kita yang perempuan ni jadi rasa tak selamat bila keluar walaupun hanya ingin keluar isi minyak.

Bukan apa, lihat sajalah kelicikkan pencuri menerusi pita rakaman CCTV. Tak sampai 30 saat sebiji motorsikal hilang sekelip mata! Kesian brother tu

Flying kick!

Tapi apa yang menarik perhatian kami lagi apabila satu rakaman CCTV menunjukkan penyamun berjaya dicekup sejurus saja menyamun seorang wanita pada tengah hari semalam.

Kalau you guys tengok cara penyamun tu ditangkap memang ‘puas hati’ sebab seorang lelaki yang kebetulan lalu di kawasan tersebut menyedari kejadian samun berlaku, dengan pantas dia berlari pecut dalam jarak 50 meter dan menghambat penyamun hanya dengan flying kick!

Posted by Buletin INFO 1 Malaysia/Global on Tuesday, 1 September 2020

8 orang pukul sorang!

Hasil dari flying kick, penyamun berjaya dijatuhkan dan kemudian orang awam yang lalu di kawasan tersebut datang membantu untuk menahan suspek dari melarikan diri memandangkan suspek sedang memberontak ingin melepaskan diri.

Tengoklah lebih kurang lapan orang pukul penyamun tu siap mereka ikat dengan rantai besi. Hm, kesian juga tapi nak buat macam mana, siapa suruh cari masalah.

Posted by Buletin INFO 1 Malaysia/Global on Tuesday, 1 September 2020

Menurut satu laporan, suspek telah pun dibawa ke balai polis untuk dikenakan hukuman sewajarnya. Harap dengan kuasa viral netizen ni, mereka yang merancang ingin melakukan jenayah matikan sajalah niat tu.

Cuba bayangkan kalau kena tangkap dengan orang awam. Memang lunyai dikerjakan! Kepada wanita di luar sana, berhati-hatilah terutama ketika berjalan sendirian, okay?

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Layang-Layang Gergasi Seret Budak Perempuan 3 Tahun Terbang Ke Udara!

Video Sebat 3 Anak Perempuan Viral! Beginikah Cara Mendidik?

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: fb

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna