Gadis Ni Kena ‘Sound’ Lepas Tunjuk ‘Power’ Pandu GTR

Stereotaip golongan wanita dalam skill pemanduan masih lagi tebal sehingga ke hari ini. Perasaan takut dan kurang keyakinan membuatkan sesetengah kaum hawa sering menjadi bahan ejekan para lelaki bila bercakap mengenai bab pemanduan.

Tapi tidak buat seorang gadis, Nabella Eryn (nama samaran twitter) yang berkongsi sebuah rakaman video menunjukkan dirinya sedang memandu sebuah kereta berjenama GTR dengan lajunya di jalan raya.

Lihatlah dirinya sangat berani memandu kereta dengan kelajuan sehingga 299km/h. Fuh! Kalau silap sikit, memang boleh berpusing kereta. Berani betul adik Nabella ni, nasib baik malam-malam kenderaan kurang di jalan raya.

*_[VIDEO] Gadis Tunjuk ‘Power’ Memandu GTR Hingga 299KM/H Undang Kecaman Netizen_*by Azizi Rahman_*_Gara-gara ingin menunjuk kehebatan memandu, seorang gadis dikecam netizen kerana memandu kereta secara merbahaya. Menerusi Twitter Nabella Eryn, dia memuat naik rakaman video yang memaparkan aksinya memandu kereta Nissan GTR secara laju di satu lebuh raya. Tindakannya itu memandu lebih dari had laju yang dibenarkan mendapat pelbagai reaksi orang ramai yang menyatakan ianya boleh merbahayakan pengguna jalan raya yang lain.__Siapa kata perempuan tak boleh pandu laju__Cuba kelajuan tertinggi! Siapa kata perempuan tak boleh memandu kereta lebih dari lelaki.__Lebih merbahayakan apabila dia hanya mengawal stering kereta tersebut dengan hanya sebelah tangan kerana tangan sebelahnya sibuk merakam aksi tersebut. Melalui rakaman video tersebut boleh dilihat dia memandu kereta itu sehingga mencecah 299km/h. Walaupun keadaan jalan ketika itu tiada kenderaan lain, namun memandu lebih dari had laju kebangsaan amat merbahaya dan boleh mendatangkan kemalangan pada diri sendiri jika tidak dapat mengawal dengan baik.__Boleh meragut nyawa orang tak bersalah_ *_Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakannya yang memandu dalam keadaan berbahaya. Ada yang berpendapat tindakan tersebut boleh meragut nyawa orang lain yang tidak bersalah. Selain itu, ada juga yang menasihatinya untuk membawa laju sebegitu di litar lumba kerana keadaannya lebih selamat dan tidak melibatkan orang ramai._**Sumber: Nabella Eryn*

Posted by Buletin INFO 1 Malaysia/Global on Saturday, July 11, 2020

“Cuba kelajuan paling laju…”

Malah, dia turut menulis kapsyen menerusi twitter miliknya yang berbunyi, “Cuba kelajuan paling laju! Siapa kata perempuan tak boleh pandu kereta lebih laju dari lelaki,”.

Kecam dari netizen…

Biasalah, bila dah post dekat media sosial pasti akan menjadi tumpuan warganet. Antaranya menegur soal had kelajuan yang ditetapkan di atas jalan raya dan ada pula memberi cadangan kepada gadis tersebut untuk gunakan trak lumba kereta jika ingin membawa kereta laju.

Nasib baiklah tiada abang polis dekat kawasan jalan raya tu, kalau tak memang dah kena tahan adik ni. Apa pun, berhati-hatilah apa yang dikongsikan di media sosial. Bukan apa, mungkin tindakkan kurang bijak kita memberi idea kepada mereka yang lain untuk menirunya tanpa berfikir. Kelebihan gadis ini memandu laju mungkin pada kecekapan dia mengawal kenderaan, namun ia tiada pada orang lain yang ingin meniru lagak ngeri ini.

 

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Jangan Lupa Bawa ‘Peneman’ Bila Memandu Seorang Diri

6 Bahan Ini Dapat Melebatkan Pokok Durian

 

 

 

 

 

 

Sumber: facebooktwitter

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna