Gadis Hijab Ini Jadi Tumpuan Lepas Muncul Dalam Filem Marvel, Siapa Zoha Rahman?

Marvel Studio yang terkenal dengan filem adiwira fantasi sering menjadi tumpuan orang ramai di seluruh dunia. Sampaikan ada yang sanggup berhabis duit menyimpan koleksi patung atau membeli kostum adiwira kegemaran mereka. Senang cerita, apa saja Marvel Studio sajikan pasti menjadi tumpuan orang.

Begitulah apabila filem Spiderman: Far From Home ditayangkan dipawagam sejak awal Julai lalu. Ramai yang demam dengan filem ini sampaikan kemunculan wanita berhijab yang memegang watak rakan sekelas Peter Parker menjadi bualan orang ramai. Wanita berhijab? Seriuslah Marvel ambil pelakon Muslim?

Walaupun wanita tersebut tak sampai seminit lebih muncul dalam filem tersebut, ramai yang bertanyakan siapa gadis berhijab putih itu di media sosial. Uish! Begitu detail penilitian peminat Marvel ni ye.

Menurut sebuah portal, gadis tersebut dikenali sebagai Zoha Rahman yang berdarah British dan Pakistan. Kini telah menetap di London bersama keluarganya sejak 7 tahun lepas untuk menyambung pelajarannya.

Kemudian, dia menghadiri sebuah ujibakat lakonan yang pada awalnya dia sendiri tidak mengetahui apa peranan sebenarnya sehinggalah dia dipanggil untuk hadir ke set untuk berlakon.

Wah! Seksinya…

Malah, Zoha turut mengakui walaupun dirinya beragama Islam dan menyarung hijab dalam filem tersebut tetapi di luar set, dia tidak memakai hijab.

Nampak je seperti gadis biasa-biasa yang baru nak berjinak dalam dunia industri tapi, sebenarnya Zoha seorang yang bijak kerana beliau memahami 7 bahasa iaitu Inggeris, Urdu, Hindi, Punjabi, Mandarin, Arab dan aksen Kanada sera Pashto. Gila lah.. Hebat betul!

Untuk bacaan lebih menarik, anda boleh klik saja artikel di sini: Kalah Trailer Marvel!  Video Majlis Resepsi Perkahwinan Sultan Muhammad V TersebarComel Bila ‘Superhero’ Avengers Luangkan Masa Bersama Anak Mereka

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna