‘Frust’ Putus Cinta, Wanita Ini Hanya Makan Nuget Sahaja!

Cuba bayangkan kalau hari-hari kita makan benda yang sama sahaja. Tak ke kembang tekak bila dah sampai ke hari yang ketiga? Selera kita mesti akan berubah-ubah setiap hari dan memang jaranglah nak telan benda yang sama dalam tempoh masa yang lama.

Tapi, ini ada cerita menarik di London apabila seorang wanita yang bernama Michaela Harris makan nuget sahaja sepanjang empat tahun selepas dia kecewa akibat putus cinta.

Katanya, dia tak boleh telan benda lain dan akan muntah menyebabkan ia hanya akan telan nuget sahaja. Dia akan hancurkan nuget yang dibelinya sebelum makan. Beratnya sehingga hari ini hanya 35 kilogram sahaja!

BACA: Perut Makin Ke depan Lepas Raya? Cuba Minum 4 Jenis Teh Ini Untuk Kurus

via GIPHY

Michaela berhenti makan seperti biasa selepas berpisah dengan kekasihnya dan hilang 16 kilogram dalam tiga bulan.

Bagaimanapun, wanita itu tetap risau tiga anaknya yang berusia antara satu hingga tujuh tahun akan mengikut tabiat tidak sihat itu.

BACA: Makan Sikit, Cepat Pula Lapar! Macam Mana Nak Kurus Ni?

“Saya bimbang anak-anak akan mula meniru saya. Anak bongsu saya sudah mula cerewet mengenai makanan dan meminta nuget.

“Ketakutan terbesar saya adalah mereka akan meniru saya,” katanya seperti dilaporkan Mirror.

via GIPHY

Menurutnya, selepas putus cinta, dia disahkan menghidap gangguan pengambilan had makanan (ARFID).

Ia adalah sejenis keadaan di mana individu sukar untuk makan atau terlampau cerewet dalam memilih jenis makanan.

Bahaya betul putus cinta ini, terus tak ada selera makan. Anda pernah ke dengar cerita orang jadi ‘berbeza’ dan ‘pelik’ lepas putus cinta? Cuba kongsikan sikit.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Harian Metro

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna