Foto Kesengsaraan Haiwan Ini Bukti Manusia Pentingkan Diri!

Mereka tidak amalkan konsep kitar semula lalu menyebabkan benda asing seperti plastik, botol minuman dan gumpalan tali dipercayai menyebabkan haiwan-haiwan banyak yang jatuh sakit sehingga mengakibatkannya tidak berdaya untuk berenang ke habitat asal atau mencari makan.”

Disebabkan kesedaran masyarakat dunia masih rendah dalam soal menjaga alam sekitar, anda terpaksa menerima hakikat bahawa hidupan laut diancam kepupusan yang semakin serius sejak akhir-akhir ini. Tidak mustahil, generasi akan datang tidak dapat mengenali pelbagai jenis hidupan yang hampir pupus seperti penyu, ikan paus, dugong dan singa laut dengan lebih dekat. Faktor kepupusan beberapa spesies haiwan ini berpunca daripada kegiatan manusia serta ketidakupayaan alam sekitar menjana sumber aslinya.

Jika diamati secara menyeluruh, ancaman kepupusan tersebut merupakan perkara yang perlu diberi perhatian khusus dan sewajarnya, memandangkan ia telah lama berlaku dan masih lagi berterusan sehingga saat ini. Tambah buruk lagi, sikap manusia sendiri yang menjadikan laut sebagai tempat membuang pelbagai jenis sampah sarap. Mereka tidak amalkan konsep kitar semula lalu menyebabkan benda asing seperti plastik, botol minuman dan gumpalan tali dipercayai menyebabkan haiwan-haiwan banyak yang jatuh sakit sehingga mengakibatkannya tidak berdaya untuk berenang ke habitat asal atau mencari makan. Antara punca lain kepupusan hidup laut juga kerana sesetengah haiwan mempunyai nilai ekonomi yang tinggi dan ini dieksploitasi dengan pelbagai cara oleh manusia. Antaranya, daging dijadikan makanan eksotik, sirip dipotong dan cengkerang dijadikan perhiasan.

Sekiranya usaha berterusan tidak dilakukan, tidak mustahil akan datang, khazanah laut akan pupus.  Diharap pelbagai imej insiden malang menimpa haiwan-haiwan dirakam lensa ini memberikan signifikan tersendiri kepada masyarakat agar peranan mereka menjaga dan memuliharan alam sekitar menjadi keutamaan. Donna turut berharap foto-foto kesengsaraan haiwan ini dapat dijadikan peringatan juga iktibar buat manusia yang terus-terusan lupa akan tanggungjawab memelihara khazanah alam.

 

Pengorek telinga dijumpai dalam obor-obor yang masih hidup

 

Anak ikan terperangkap dalam sarung tangan plastik

 

Penutup botol platik ragut nyawa sang camar laut

 

Penemuan mengejutkan gelang penutup plastik mencacatkan hidupan yang tidak bersalah

 

Bahan buangan yang hanyut di lautan kelihatan seperti makanan bagi si penyu

 

Gelungan plastik menjerat si itik

 

Aksi sepasang singa laut ini menarik perhatian. Kelihatan seekor singa laut cuba membantu rakannya yang tersangkut dengan cebisan plastik

 

Singa laut ini menyangka botol plastik tersebut adalah makanan. Hal ini boleh menyebabkannya tercekik lalu maut

 

Ikan paus kelihatan ingin menjamu selera. Plastik yang dibuang disangka obor-obor segar

 

Sedih. Badan walrus terpintal dengan belitan jaring ikan kemungkinan dari bot nelayan

 

Gelang penutup botol yang tersangkut menyebabkan si camar malang ini sukar untuk mencari makanan

 

Ajal burung ini akibat bahan buangan seperti pencukur terjerat di paruhnya

 

Penyu ini hampir temui ajal akibat tersangkut pada jaring nelayan yang dibuang di lautan

 

Sepit ketam tersangkut pada botol plastik dan menyukarkan pergerakkannya seperti biasa

 

Singa laut ini terdampar akibat tersekat pada bahan buangan yang nyaris meragut nyawanya

Sumber Foto : whatzviral.com

 

 

Sumber: whatzviral.com

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna