‘Foodgasm’ di Gamuda Garden Meningkatkan Kesedaran Alam Semulajadi

Bila dah masuk musim cuti sekolah hujung tahun, pastinya banyak aktiviti yang ingin dilakukan bersama rakan-rakan dan juga keluarga. Lebih-lebih lagi aktiviti luar. Iyalah, tak akan lah nak memerap je dalam rumah kan?

Kebetulan, baru-baru ini ada Rhythm Fiesta; A Dance-Along Food Festival yang berlangsung pada 24 – 25 November 2018 jam 2 petang sehingga 10 malam bertempat di Gamuda Garden, Sungai Buloh.

Sumber: foodgasm facebook

Di sana, Rhythm Fiesta berkonsepkan gabungan tarian kontemporari dan festival makanan  di tengah alam semulajadi. Sebab itulah lokasi Gamuda Gardens, Sungai Buloh dipilih untuk dijadikan tapak fiesta ini.

Paling menarik, pengunjung boleh menyertai tarian beramai-ramai mengikut alunan gendang dan para penari di atas pentas kelak.  Tidak cukup dengan itu, Rhythm Fiesta berkolaborasi dengan Sirius Idea Sdn Bhd, Foodgasmfest, Kaki Seni serta Gamuda Park H20 dan kesemua ini masuk adalah percuma!

Di Gamuda Park H20 terdapat lebih 15 gerai yang bertapak, kesemuanya adalah berunsurkan alam semula jadi antaranya Syarikat Obon yang membuat batang pensil menggunakan surat khabar, Perbadanan World Wide Fund for Nature (WWF), Akuaponik dan lain-lain lagi.

Apabila di tanya salah seorang pengunjung di Gamuda Park H20 yang dikenali dengan nama Kamariah, dia mengatakan pendedahan kepada orang ramai tentang alam semulajadi sangat bagus. Ini dapat menyedarkan masyarakat agar lebih menghargai pokok dan haiwan liar yang semakin pupus.

Tambahnya lagi, dia amat suka bahagian penggunaan semula bahan-bahan terbuang seperti minyak masak dalam pembuatan sabun tangan dan bahan plastik PVC yang di hancurkan dan dijadikan pelbagai bentuk sebagai hiasan.

Selain itu, di Foodgasmfest mempunyai banyak jenis makanan yang menarik. Antaranya epal goreng chocolate, sushi yang dibungkus dengan kulit kebab, orea ais, tauhu berinti bergedil dan lain-lain lagi. Tidak cukup dengan itu, semasa semua acara berlangsung, aiskrim dan gula-gula kapas akan diberikan secara percuma!

Apabila ditanya pengunjung yang hadir di Rhythm Fiesta yang dikenali dengan nama Azlin, apa pendapat dirinya tentang fiesta ini, dia mengatakan aktiviti begini sangat bagus untuk keluarga beriadah.

Selain dari pelbagai pilihan makan, fiesta ini mempunyai aktiviti yang menarik untuk kanak-kanak dan pada sebelah malam ada lagi banyak persembahan yang menarik dan beca percuma, itu yang menjadikan event ini sangat menarik.

Kepada yang terlepas Rhythm Fiesta kali ini, mungkin anda boleh nantikan kemunculan fiesta ini pada tahun hadapan.

Tags: , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna