Fizo Omar Bersuara Isu Lelaki Peminta Sedekah Solat Asar 2 Rakaat

Baru-baru ini tular video seorang pemuda lelaki meminta sedekah yang agak mengelirukan netizen. Ceritanya apabila lelaki tersebut mengakui diriya dari salah sebuah masjid untuk mendapatkan bantuan tetapi bila ditanya oleh salah seorang penduduk di kawasan itu tentang solat, pemuda tersebut gagal menjawab dengan betul.

Isu ini sampai ke pengetahuan pelakon Fizo Omar kerana ramai mengatakan wajah mereka berdua seiras tapi Fizo tidak menekankan apa yang netizen bangkitkan. Dia menyentuh tentang tindakan pemuda tersebut selepas meneliti rakaman itu. Lihatlah pandangan pelakon berusia 34 tahun ni katakan tentang video ini.

View this post on Instagram

Eh sama mcm fizo omar la… . Ramai plak yg dok tweet n DM aku pasal mamat solat asar 2 rakaat ni.so aku pun terjebak la tgk sampai hbs video ni. . Pada aku simple je, salah tetap salah ape yg dia buat tu, tapi mcm xbest pulak smua orang dok bantai dia mcm2 psl dia menipu minta sedekah n solat asar 2 rakaat tu. . Soal minta sedekah tu, aku rasa mesti ada dalang di belakang dia,kalau fikir logik xkn la dia dtg jauh2 (aku rasa bkn local) dan terus boleh n berani buat keje ni.so alang2 kita dptkan dalang tu. N cuba kita faham dia plak, mungkin dia terpaksa, mungkin dia xtahu pape, mungkin dia tersepit…. allahualam… . Soal solat plak.. confirm ke dia tu Islam, kalau tidak mcm mne? N kalau dia islam dan tak solat itu dia dgn Tuhan, akaun masing2. . Jangan hina dia,mgkn Allah nak uji dia dan terus bg hidayah kat dia, jauh jd lebih baik dari kita semua, sapa tahu kan? . Yg dok mengata tu, solat je xckp brader n sister, itu tiang je.tapi kalau tak ade dinding n atap hujan panas pun terkena juga.. . Eh jap sebenarnya aku nak tanya ni… betul ke sama? #asar2rakaat

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

Suara netizen

Ada beberapa pengikut Fizo berpihak pada Fizo untuk tidak terus menghukum atau menghina pemuda tersebut.

Apa pun niat pemuda tersebut dan si perakam tu, kita yang melihat video tersebut jangan mudah menghukum tanpa soal selidik. Takut jatuh fitnah tapi kalau betullah si peminta sedekah itu bukan beragama Islam sekalipun, semoga kita yang berpegang pada ajaran agama Islam, terhindar dengan pekerjaan ini.

Untuk bacaan yang lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Betul Ke Agama & Sains Bercanggah?

Memilih Untuk Belajar Semua Agama, Akhirnya Pasangan Ini Masuk Islam

 

 

 

 

Sumber: ig fizoomar

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna