Filem Trending Hangat Yang Sesuai Ditonton Bersama Suami

Kehidupan selepas berkahwin selalunya mempunyai banyak perkara yang perlu difikirkan seperti kos perbelanjaan, keluarga dan banyak lagi.

Ini menyebabkan masa bersama suami menjadi kurang seperti ketika mula-mula berkahwin. Namun, jika anda yang mempunyai laman Netflix dan sudah berumah tangga, artikel ini mungkin untuk anda memeriahkan suasana malam bersama.

Selain dari hanya menonton filem aksi dan komedi, mungkin sudah tiba masanya anda bersama suami menonton filem yang berunsur romantik.

Donna nak suggest dengan anda filem yang sangat sesuai buat anda yang ingin mencipta mood yang sesuai ketika malam bersama. Filem yang bertajuk 365 Days ini adalah filem baru yang dikeluarkan di laman Netflix yang berunsurkan Romance. Filem ini menjadi trending di Malaysia Nakal ye orang Malaysia ni!

Filem ini sangat sesuai untuk ditonton bersama suami dengan mood yang romantik ala-ala berada di Spain. Mungkin anda boleh menyediakan makan malam yang menyelerakan buat si suami sebelum menonton filem ini. Kemudian anda set up mood rumah anda dengan mood yang romantik dan ianya pasti mampu membuatkan hari bersama suami lebih menarik daripada biasa.

Banyak babak-babak menarik di dalam filem ini yang mampu membuatkan anda dan suami tidak senang duduk. Donna tak mahu cerita tentang filem ini, anda kenalah tonton bersama suami sendiri.

Biar Donna explain sedikit berkenaan dengan cerita ini. Mengisahkan seorang lelaki dari kumpulan kongsi gelap atau mafia yang menculik seorang gadis atas beberapa sebab yang agak personal pada lelaki itu.

Of course, setelah diculik gadis itu sudah tentulah berada dalam ketakutan dan tidak mahu mendekatkan dirinya dengan lelaki itu, malah cuba untuk melarikan diri.

Walau bagaimanapun, lelaki itu berjanji untuk tidak akan menyentuhnya melainkan gadis tersebut mahu disentuh. Dalam pada waktu itu, dari situlah bermulanya perasaan yang berputik daripada gadis yang bernama Laura. Buat pertama kali Laura terlihat lelaki itu mandi dalam kamar mandi. Jeng! Jeng! Jeng!

Nak best, ajaklah suami anda menonton filem ini bersama untuk meningkatkan lagi mood bersama. Usahlah hubungan intim itu hangat ketika permulaan dunia perkahwinan sahaja!

Jika anda sudah mempunyai anak, tidak salah untuk menempatkan mereka ke tangan ahli keluarga yang lain buat sementara waktu. Hanya sekadar untuk berehat dan mengambil kisah tentang hubungan bersama suami.

Kadang kala anda kena juga berusaha untuk mengekalkan keintiman bersama suami, barulah rumah tangga bahagia dan tidak menjadi bosan.

Selamat menonton!

 

 

 

 

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna