Filem Gol & Gincu 2 Buka Mata Realiti Hidup Remaja Zaman Teknologi

Ala! Nak tengok Gol & Gincu la tapi semua kawan-kawan perempuan jauh-jauh! Tak bestlah tengok filem ni dengan boyfriend!”

Selepas 13 tahun Gol & Gincu pertama disiarkan pada sekitar 2005, kini Gol & Gincu musim kedua pula muncul. Tetapi, barisan pelakon sudah tidak sama seperti musim yang pertama. Namun, walaupun barisan pelakon sudah tidak sama lagi, ramai penonton menantikan tayangan filem ini di pawagam.

Sumber: goldangincu

Filem ini yang mengisahkan kisah kehidupan remaja ketika di zaman universiti di mana watak Zak (Diana Danielle) dan Yaya (Ummi Nazeera) adalah pelajar yang memiliki nama asal yang sama iaitu Zakiah tetapi personaliti yang jauh berbeza.

Dari situ, tercetusnya pergaduhan di antara mereka di khalayak ramai sehingga tular di media sosial. Mereka telah dikenakan tindakan disipilin untuk melakukan kerja amal di sebuah rumah kebajikan yang dihuni oleh remaja yang bermasalah.

Jadi, keseluruhannya filem ini menceritakan bagaimana remaja menjalani kehidupan di universiti. Menarik lagi, salah seorang daripada pelakon menerusi Gol  & Gincu musim kedua ini iaitu Takahara Suiko, yang memegang watak sebagai Kakak Fasi di Universiti tersebut telah memberi komen tentang had umur yang sesuai untuk menonton filem ini.

“Filem ini sesuai untuk semua golongan berumur 30 tahun ke atas yang sudah mempunyai anak supaya mereka boleh mendedahkan kepada anak mereka apa yang perlu buat dan tidak ketika belajar di universiti. Tidak kiralah sama ada anak perempuan atau pun lelaki,”

“Lebih-lebih lagi, filem ini ada menyentuh kisah remaja perempuan yang sudah pun berlaku pada zaman sekarang ini. Contohnya, babak di mana di rumah kebajikan ada seorang remaja perempuan mengandung. Jadi, bagi saya memang patut didedahkan kepada semua orang untuk lebih berjaga-jaga dan tidak cepat menunding jari siapa yang salah.”

Tambahnya lagi, penilaian dari filem Gol & Gincu ini, remaja zaman sekarang sepatutnya dipantau oleh ibu bapa sentiasa dan jangan mudah melatah dengan menyalahkan sebelah pihak saja apabila sesuatu berlaku pada anak mereka terutama sekali anak perempuan.

Sumber: blogspot

Jadi, kepada wanita yang berada di luar sana yang mana merindui kehidupan universiti atau ada anak yang akan memasuki alam universiti bolehlah pergi ke mana-mana pawagam untuk menonton filem Gol & Gincu Volume 2!

Sumber: Takahara Suiko

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna