Fesyen Minimalis Untuk Hujung Minggu

Hujung minggu yang ditunggu akhirnya tiba. Ramai menggunakan masa ini untuk keluar bersama keluarga, membeli barangan rumah dan menguruskan hal peribadi. Tapi bila nak keluar, nak pakai baju apa ek?

Walaupun umur dah cecah umur 30-an, dah jadi isteri, anak berderet tapi penampilan juga perlu dijaga tau. Tak boleh ambil enteng. Tengok pelakon Rozita Che Wan, penampilan tetap on point walaupun anak dah tiga orang dan berusia hampir 50 tahun tapi nak berpakaian seperti dirinya mungkin agak sukar. Vogue sangat!

Kalau nak dibandingkan dengan Che Ta memang jenuh ler nak mencari baju-baju mahal tu kan. Jadi, jom kita lihat antara padanan baju yang boleh kita pakai untuk keluar pada hujung minggu ni.

Jumpsuit

Mungkin tak ramai yang berani nak pakai jumpsuit disebabkan faktor umur tapi rasanya tak salah kalau nak bergaya sikit. Lagipun, jumpsuit ni sesuai digayakan untuk apa saiz badan sekali pun sebab fesyen jumpsuit selalu digayakan  longgar. Elakkan memilih jumpsuit yang bercorak bunga. Nanti nampak macam nak bercuti ke pulau pula. Pilih yang plain atau berbelang. Dah buat penampilan anda minimalis.

Knitwear

Mungkin ada yang berpendapat Malaysia ni panas so, kenapa nak pakai knitwear? Alahai.. Kalau rancang hujung minggu menonton wayang, berada di dalam mall. Apa salahnya kan? Apa yang penting pemilihan corak dan warna knitwear yang bersesuaian dengan saiz badan, anda akan membuat penampilan anda berseri.

Skirt

Mesti ada yang cakap dalam hati, badan kurus bolehlah pakai skirt. Hello! Tengok gambar bawah ni, Sherry Al-Hadad okay je pakai skirt labuh. Jangan risau, kalau yang kurang tinggi cuba pakai kasut bertumit sikit. Baju pula elakkan dipadankan dengan beropol atau berkepuk. Takut kelihatan serabut. Cukup lengan panjang atau pendek yang straight cut, kemudian baju tuck in dalam skirt. Sangat minimalis.

Tip: Fesyen minimalis adalah fesyen yang tidak sarat dengan corak dan warna pakaian tidak lebih dari dua tona. Cukup dua atau satu. Jika inginkan penampilan nampak minimalis, elakkan dari memilih pakaian yang beropol, sarat dengan bunga dan mempunyai pelbagai warna pada satu penampilan.

Minimalis ni simple tapi nampak ‘mahal’ walaupun harga baju tak mahal mana. Oh! Sebelum tu, bila nak guna dua warna dalam satu penampilan, pastikan pemilihan warna selari. Jangan caca marba pula. Nampak pelik nanti, ihiks!

Selamat melaram!

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja artikel berikut:

Berusia 45 Tahun, Victoria Beckham Buktikan Usia Bukan Penghalang Untuk Berfesyen ,

Badan Bersaiz Besar Tiada Masalah Untuk Berfesyen

 

 

 

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna