Fasih 4 Bahasa, Netizen Gelar Anak Farah Lee ‘Clever Girl’

Farah Lee atau nama sebenar Nurfarahin Binti Romli, merupakan seorang wanita memiliki raut wajah yang cantik, bijak menyusun kata dan pandai mendidik anak sehingga ada wanita di luar sana jadikan dirinya sebagai inspirasi.

Menerusi laman instagram miliknya, dia sedang melanjutkan pelajarannya ke University of Sussex di United Kingdom (UK) serta, membawa bersama puteri sulungnya, Maream Esabel menetap di sana bersamanya.

Sumber: instagram Farah Lee

Namun, bukan itu yang menjadi topik perbincangan dalam artikel ini. Apa yang menjadi perhatian Donna dan netizen di luar sana adalah sebuah video yang dimuat naik oleh Farah sendiri di laman instagram miliknya.

Video tersebut menunjukkan kefasihan puteri sulungnya bertutur 4 bahasa iaitu bahasa ibunda, Korea, Inggeris, dan Sepanyol. Wah! Bagusnya Maream ni, baru berusia 3 tahun dah tahu banyak bahasa!

Clever girl la Maream ni!

Berikutan itu, ramai pengikutnya membanjiri ruangan komen pada posting tersebut dengan mengatakan Maream budak yang sangat pintar.

 

Daddy baru dari Sepanyol ke tu?

Malah, ada juga yang sengaja mengusik Farah dengan membuat spekulasi bahawa kepetahan Maream berbahasa Sepanyol adalah disebabkan #daddybaru bermata biru yang menjadi kontroversi beberapa bulan lalu.

Apa pun, Donna doakan Farah dan anaknya mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

 

 

Sumber: instagram Farah Lee

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna