Fasa Perubahan Kehidupan Seorang Wanita Bujang Ke Alam Perkahwinan

Bergelar wanita bujang sangat bebas dan menggembirakan, manakala kehidupan wanita selepas berkahwin tentunya lebih sempurna apabila ditemani orang yang tersayang.”

Dengarkan perkongsian Rea, penyampai radio Kool FM tentang persediaan yang dilakukannya untuk menuju ke alam perkahwinan.

“Ada beza ke kehidupan ketika ‘single‘ dan selepas berkahwin terutamanya bagi wanita?” Itu soalan yang acapkali kita akan dengar jika seseorang wanita itu belum berumahtangga. Bagi yang dah berkahwin dan ada pengalaman pasti ada amanat, saranan dan kisah sendiri yang akan dikongsi dengan wanita single.  Jangan pula anda ambil bulat-bulat apa yang anda dengar. Segala perkara positif atau negatif yang berlaku kepada setiap pasangan yang sudah berkahwin adalah berbeza antara satu sama lain. Jadikan itu semua sebagai pengajaran agar anda menjadi lebih baik dan buat yang terbaik untuk hubungan dan kehidupan akan datang.

Bergelar wanita bujang sangat bebas dan menggembirakan, manakala kehidupan wanita selepas berkahwin tentunya lebih sempurna apabila ditemani orang yang tersayang. Oleh itu, perlu ada persiapan sebaik mungkin untuk meneruskan realiti kehidupan yang dipilih setiap daripada anda? Ini antara beberapa fasa perubahan seorang wanita dalam kehidupan bergelar seorang bujang ke alam berumahtangga.

 

  • KEWANGAN

via GIPHY

Persediaan kewangan untuk majlis perkahwinan amatlah penting. Belanja untuk sebuah majlis boleh menelan belanja berbelas ribu hingga puluhan ribu ringgit mengikut bajet setiap pasangan. Di sini perbincangan sesama pasangan amat penting agar tiada pembaziran berlaku dan kedua anda perlu bantu membantu untuk mengumpul wang bersama. Janganlah diharapkan kepada pihak lelaki sahaja ya.

Selain itu, dari aspek lainnya, anda bebas untuk memperuntukan ke mana wang bulanan akan dibelanjakan ketika masih bujang. Mungkin anda wanita bujang yang tidak boros, ada komitmen yang perlu dibayar dan diperuntukan setiap bulan, tetapi jika kekurangan wang pasti anda masih boleh bersabar dengan tenang menunggu upah gaji bulan akan datang. Berbeza dengan anda yang sudah berumahtangga, masalah kewangan adalah sesuatu yang sukar dielakkan. Ia akan menjadi suatu perkara yang sedikit rumit jika anda telah mempunyai anak dan keluarga yang sedang berkembang. Anda perlu memikirkan perancangan kewangan yang matang untuk membiayai keperluannya. Mulai daripada keperluan susu, pakaian, ubat-ubatan sehinggalah ke pendidikannya di masa depan. Semakin besar usia anak, tentunya keperluan keluarga tidaklah seringkas dahulu. Dari yang ketika bujang biasanya sering hangout, sekarang mulai memikirkan untuk menabung membeli keperluan rumah agar sentiasa cukup. Tetapi yang baiknya, jika sudah berumahtangga, masalah kewangan selalunya dapat ditangani dengan bijak dan berhemah oleh setiap pasangan. Dari hanya mempunyai sebuah motorsikal pasti anda berpeluang memiliki kereta sendiri. Dari menyewa rumah anda sudah mampu membeli rumah, disebabkan amalan sikap pengurusan wang yang lebih cekap.

 

  • PERGAULAN

Setelah berkahwin, seorang wanita perlu hadkan batas dalam pergaulan. Anda perlu menjaga batas-batas pergaulan dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada berlakunya salah faham, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada keretakan rumah tangga. Jangan lupa juga untuk jaga adab dan pergaulan dengan keluarga sendiri dan keluarga mertua. Orang kata lepas dah berkahwin, automatik anda turut sama berkahwin dengan keluarga pasangan. Jadi cuba untuk menjaga diri sendiri agar tidak terover atau menjejaskan nama baik keluarga anda. Berbeza jika masih belum berumahtangga,  tidak menjadi masalah sekiranya anda berkawan dengannya sesiapa sahaja. Anda boleh berkawan dan mengenali seberapa ramai lelaki tanpa ada yang memandang serong.

 

  • PERBUATAN 

via GIPHY

Jika anda wanita bujang, mungkin anda ada sedikit hari ‘malas’ pada sesuatu ketika dan rasa tidak mahu lakukan apa-apa, maka anda dibolehkan untuk tidak melakukan apa-apa pada hari itu tanpa gangguan. Wanita yang sudah berkahwin mahu tidak mahu perlu mempunyai sedikit kemahiran membuat air, pandai memasak, mengurus rumah tangga, dan menjaga batas pergaulan. Susah untuk anda ada ‘hari malas’, kerana mahu tidak mahu anda perlu membuat sedikit kerja rumah agar perjalanan rumahtangga tidak tergendala dan lebih tersusun. Kesimpulannya, ia sangat bagus kerana mendidik anda menjadi seorang yang lebih rajin dan bertanggungjawab.

  • AKTIVITI 

Selepas berkahwin, keutamaan perlu diberikan khas  bersama keluarga di rumah.  Itu bukan alasan untuk anda berhenti lakukan apa jua aktiviti atau hobi yang anda gemari. Ubah situasi itu dengan persekitaran anda selepas berkeluarga, cuba masukkan keluarga anda dalam setiap aktiviti kegemaran anda itu. Jika ketika bujang anda sangat suka aktiviti mendaki, tidak salah selepas berkahwin anda masih meneruskan aktiviti tersebut dengan melakukanya bersama pasangan.

  • SELERA MAKAN

via GIPHY

Hidup bersendirian kadangkala buat anda lupa untuk makan mengikut waktu yang sepatutnya dan gagal mendapatkan makanan yang berkhasiat. Pada fikiran anda itu bukan sesuatu yang mustahak dek sibuk dengan aktiviti lain yang lebih menyeronokkan. Namun selepas berkahwin, peraturan makan anda pasti berubah kerana tanpa sebarang paksaan anda merasakan proses menyediakan makanan untuk pasangan setiap hari adalah satu kemestian. Jika tidak masak sekalipun, anda dan pasangan pasti akan menghabiskan banyak masa di luar dengan mencuba pelbagai hidangan dan menu dari gerai, restoran  juga kafe saban hari. Jangan terkejut juga jika alami perubahan tubuh badan yang agak ketara sewaktu bujang dan selepas berumahtangga. Ala..tak perlu risau, itu tanda anda bahagia!

 

 

 

Sumber: ummsyuhada

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna